Perkembangan Semasa

Pembuatan Akta yang Khusus untuk Amanah Warisan Negara

Amanah Nasional bagi Tempat-tempat yang Mempunyai Kepentingan Bersejarah atau Keindahan Semula Jadi (National Trust for Places of Historic Interest or Natural Beauty, “National Trust UK”) bermula dengan satu aset pada tahun 1884 dan diwujudkan di bawah Akta Syarikat (Companies Act 1862-90). Pada hari ini,  the National Trust UK telah ditubuhkan oleh enam Akta Parlimen yang berasingan, memiliki 350 aset warisan, merupakan salah satu pemilik tanah terbesar di United Kingdom dengan lebih 600,000 ekar tanah dan mempunyai lebih 4.5 juta ahli. Amanah tersebut menyifatkan dirinya sebagai “sebuah badan kebajikan yang berusaha untuk mengekalkan serta melindungi tempat dan ruang bersejarah – untuk setiap individu, buat selama-lamanya”.

Dalam perspektif yang sama, hal bahawa Amanah Awam memiliki dan mengurus bahagian taman Taman Tugu akan diwujudkan di bawah undang-undang sedia ada, iaitu Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dengan hanya satu aset. Harapannya ialah agar Amanah ini, yang dibayangkan untuk dipanggil sebagai Amanah Warisan Negara (“AWAN”) atau The National Heritage Trust akan berupaya menyumbang ke arah pelbagai usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan Malaysia dan pada masa yang sama memastikannya diselenggarakan dengan baik serta mudah diakses oleh orang ramai. Berdasarkan potensi AWAN yang lebih besar, usaha-usaha kini sedang dilaksanakan untuk memperbuat sebuah Akta khusus untuk AWAN. Akta itu bertujuan menyediakan tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti yang lebih baik bagi Amanah; bagi Taman Tugu dan semua aset lain yang berkemungkinan di bawah bidang kuasa Taman Tugu.

Akta itu kini diterajui oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (“NRE”) dengan Tan Sri Shahrir Samad dan pasukannya bertindak sebagai Penasihat dan Fasilitator. Khazanah Nasional Berhad menyediakan kepakaran undang-undang dan memacu inisiatif ini bersama-sama dengan pasukan undang-undang yang relevan daripada Kementerian yang lain termasuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang – Jabatan Perdana Menteri (“BHEUU-JPM”).

Sasaran yang ditetapkan ialah agar Akta ini diperbuat pada S2 2018.



top