Perkembangan Semasa

Penandatangan MOU dengan ISIS-Malaysia dan PPTD

Selari dengan komitmen kami untuk tidak memindahkan penghuni semasa dari tapak Taman Tugu, kami telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (The Institute of Strategic and International Studies, ISIS), Malaysia dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD). MoU tersebut bertujuan memberikan keyakinan kepada penghuni bahawa mereka boleh terus menggunakan ruang di Taman Tugu secara bertanggungjawab.  MoU juga akan ditandatangani dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan selaku wakil Surau-Jumaat dan Jawatankuasa yang mengawas Kuil Hindu.

ISIS Malaysia kini ditempatkan di sebuah bangunan kolonial yang dahulunya merupakan kediaman Allahyarham Tan Sri Mohd Noah bin Omar, iaitu Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama dan ahli yang mengasaskan parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

PPTD beroperasi di sebuah rumah kelab (clubhouse) kecil yang berfungsi sebagai tempat bermesyuarat dan perhimpunan sosial. Terdapat juga sebuah restoran di premis yang terkenal dengan kari kepala ikan, ayam kampung goreng dan suasana makan tengah hari yang meriah.

MoU tersebut adalah pendahuluan kepada Perjanjian Muktamad yang akan ditandatangani sebaik sahaja pewujudan Amanah Awam dimuktamadkan dan pemindahan tanah kepada Amanah tersebut disempurnakan.



top