Perkembangan Semasa

Perkembangan Kerja: Penanaman @ Tapak Semaian Sementara

Tarikh: 06 April 2018
Tempat: Tapak Semaian Sementara @ tapak Taman Tugu

Lebih 200 pokok, termasuk hampir 40 pokok balak hutan dan spesies buah-buahan berbeza, telah dibawa dari tapak semaian di Tanjung Malim ke Tapak Semaian Sementara Taman Tugu. Pokok-pokok ini mempunyai ketinggian 3-12 meter dan berusia antara 5 hingga 15 tahun.

Pokok-pokok ini akan ditempatkan di Tapak Semaian Sementara ini sebelum ditanam di pelbagai lokasi di kawasan tapak Taman Tugu. Pokok-pokok akan dibawa ke Tapak Semaian Sementara secara berperingkat. Pokok dari peringkat yang seterusnya dijadualkan dipindahkan pada minggu hadapan.

Penanaman pokok di kawasan tapak Taman Tugu akan bermula pada hujung minggu hadapan.



top