Bermulanya kerja-kerja pemuliharaan dan pelandskapan

Ogos 12, 2017

Kerja-kerja pemuliharaan dan pelandskapan telah bermula hari ini di hujung selatan tapak taman Taman Tugu.

Langkah pertama dalam proses ini ialah pemindahan pokok hutan hujan bukan etnik terpilih secara berhati-hati. Pokok hiasan (ornamental trees) yang dipindahkan akan dihantar ke tapak semaian DBKL di serata Kuala Lumpur untuk dijaga hinggalah pokok-pokok ini bersedia untuk ditempatkan semula ke tapak-tapak lain yang bersesuaian.

Kawasan hujung selatan yang terletak di sepanjang Jalan Parlimen mencakup sebuah kawasan lebih kurang 1 ekar dan di kawasan ini hampir 18 pokok hiasan akan dipindahkan dan tidak kurang daripada 150 pokok spesies hutan hujan akan ditambah. Pokok-pokok yang akan ditambah termasuk pokok-pokok matang yang mempunyai ketinggian sehingga 8 meter.

Anugerah Tender bagi Bekalan dan Penanaman Pokok

Ogos 8, 2017

Kami ingin mngucapkan tahniah dan mengalu-alukan penyertaan Forest House Sdn. Bhd. (Forest House) ke Projek Taman Tugu. Forest House telah dianugerahkan tender untuk bekalan, penanaman, penyelenggaraan dan jaminan (sehingga 2 tahun) atas pokok-pokok bagi keseluruhan tapak Taman Tugu.

Tender bagi bekalan dan penanaman pokok ini adalah tender yang tertutup kepada 16 pembekal berdasarkan cadangan oleh DBKL, FRIM dan Konsultan Pengurusan Projek. Tender tersebut dilancarkan pada 3hb Mac dan tarikh tutup pada asalnya adalah pada 16hb Mac. Walau bagaimanapun, selepas permintaan yang banyak diterima daripada para tender, tarikh tutup telah dilanjutkan ke 7hb April. Proses pemerolehan dilaksanakan sejajar dengan amalan baik yang telah digariskan dalam Buku Merah (Red Book) dan dikendalikan oleh Taman Tugu Project Development Sdn Bhd (“TTPD”).

Rayman Ariff Soh, Pengarah Forest House Sdn. Bhd. dan pasukannya menghadiri mesyuarat permulaan rasmi bersama-sama dengan TTPD pada 8hb Ogos 2017. Forest House akan mengambil alih tapak pada 9hb Ogos dan dijadualkan akan memulakan kerja tidak lama selepas itu. Taman dijadualkan siap menjelang Merdeka 2019.

Serahan untuk Penubuhan Amanah Awam Nasional

Julai 19, 2017

Pada bulan Julai 2017, Jemaah Menteri Malaysia telah meluluskan komponen taman Projek Taman Tugu untuk dikekalkan sebagai ruang hijau awam buat selama-lamanya dan dipindahkan kepada Amanah Awam yang dihasratkan untuk dipanggil “Amanah Warisan Negara” (“AWAN”) atau National Heritage Trust.

Meskipun fokus AWAN buat masa ini akan tertumpu pada komponen taman Projek Taman Tugu, matlamat jangka panjang AWAN adalah untuk melaksanakan lebih banyak projek yang melibatkan penaiktarafan, rehabilitasi dan/atau operasi ruang awam terpilih dan aset warisan yang mempunyai kepentingan nasional.

Amanah Awam ini akan ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) yang telah ini dilantik secara rasmi oleh Tan Sri Dato’ Seri Utama Nor Mohamed Yakcop , Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad selaku Pengasas Amanah. Pemegang Amanah asal ialah:

  1. YBhg. Tan Sri Dato’ Azman Hj. Mokhtar
  2. YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz
  3. YBhg. Tan Sri Zarinah Anwar

Sebuah badan pengurusan di bawah Amanah ini akan dilantik untuk menguruskan operasi harian, memantau penyelenggaraan dan mendorong aktiviti pengumpulan dana untuk penyelenggaraan taman dan aset-aset lain pada masa hadapan.

Setakat 19 Julai 2017, semua dokumen yang diperlukan bagi penubuhan Amanah ini telah dilaksanakan oleh para pemegang amanah yang dilantik dan telah diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang – Jabatan Perdana Menteri (“BHEUU-JPM”) yang memantau pentadbiran Amanah Diperbadankan (Incorporated Trusts) di Malaysia. Proses penubuhan Amanah ini dijangka akan mengambil masa 2-3 bulan, selepas tempoh itu tanah komponen taman Projek Taman Tugu akan dipindahkan masuk.

Anugerah tender bagi Kawasan Komuniti dan Dinding Adang

Julai 17, 2017

Kami ingin mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan penyertaan Hakikat Engineering Sdn Bhd (“Hakikat”) dalam Projek Taman Tugu. Hakikat telah dianugerahi tender untuk membangunkan Kawasan Komuniti yang termasuk pembangunan Surau Jumaat, kuarters dan gerai makanan.  Hakikat juga telah diberi kontrak untuk membina dinding adang (hoarding) bagi keseluruhan tapak Taman Tugu.

Tender bagi Kawasan Komuniti dan Dinding Adang pada peringkat awalnya hanya terbuka kepada kontraktor berdaftar TERAJU namun kemudiannya telah dibuka kepada semua kontraktor yang layak menerusi pengumuman dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia pada 20hb Mac 2017. Tarikh tutup bagi submisi ditetapkan pada 14hb April 2017.  Proses pemerolehan (procurement) dijalankan selari dengan amalan baik yang digariskan dalam Buku Merah (Red Book) dan dilaksanakan oleh Taman Tugu Project Development Sdn Bhd (“TTPD”).

Dato’ Haji Basri Nor, Pengarah Urusan Hakikat Engineering Sdn Bhd dan pasukannya menghadiri mesyuarat permulaan rasmi dengan TTPD pada 17hb Julai 2017.  Hakikat akan mengambil alih tapak pada 7hb Ogos 2017 dan akan memulakan kerja tidak lama selepas itu. Kawasan Komuniti dijadualkan siap pada Q4 2018.

Pembuatan Akta yang Khusus untuk Amanah Warisan Negara

Julai 17, 2017

Amanah Nasional bagi Tempat-tempat yang Mempunyai Kepentingan Bersejarah atau Keindahan Semula Jadi (National Trust for Places of Historic Interest or Natural Beauty, “National Trust UK”) bermula dengan satu aset pada tahun 1884 dan diwujudkan di bawah Akta Syarikat (Companies Act 1862-90). Pada hari ini,  the National Trust UK telah ditubuhkan oleh enam Akta Parlimen yang berasingan, memiliki 350 aset warisan, merupakan salah satu pemilik tanah terbesar di United Kingdom dengan lebih 600,000 ekar tanah dan mempunyai lebih 4.5 juta ahli. Amanah tersebut menyifatkan dirinya sebagai “sebuah badan kebajikan yang berusaha untuk mengekalkan serta melindungi tempat dan ruang bersejarah – untuk setiap individu, buat selama-lamanya”.

Dalam perspektif yang sama, hal bahawa Amanah Awam memiliki dan mengurus bahagian taman Taman Tugu akan diwujudkan di bawah undang-undang sedia ada, iaitu Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dengan hanya satu aset. Harapannya ialah agar Amanah ini, yang dibayangkan untuk dipanggil sebagai Amanah Warisan Negara (“AWAN”) atau The National Heritage Trust akan berupaya menyumbang ke arah pelbagai usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan Malaysia dan pada masa yang sama memastikannya diselenggarakan dengan baik serta mudah diakses oleh orang ramai. Berdasarkan potensi AWAN yang lebih besar, usaha-usaha kini sedang dilaksanakan untuk memperbuat sebuah Akta khusus untuk AWAN. Akta itu bertujuan menyediakan tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti yang lebih baik bagi Amanah; bagi Taman Tugu dan semua aset lain yang berkemungkinan di bawah bidang kuasa Taman Tugu.

Akta itu kini diterajui oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (“NRE”) dengan Tan Sri Shahrir Samad dan pasukannya bertindak sebagai Penasihat dan Fasilitator. Khazanah Nasional Berhad menyediakan kepakaran undang-undang dan memacu inisiatif ini bersama-sama dengan pasukan undang-undang yang relevan daripada Kementerian yang lain termasuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang – Jabatan Perdana Menteri (“BHEUU-JPM”).

Sasaran yang ditetapkan ialah agar Akta ini diperbuat pada S2 2018.

Penandatangan MOU dengan ISIS-Malaysia dan PPTD

Julai 11, 2017


Selari dengan komitmen kami untuk tidak memindahkan penghuni semasa dari tapak Taman Tugu, kami telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (The Institute of Strategic and International Studies, ISIS), Malaysia dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD). MoU tersebut bertujuan memberikan keyakinan kepada penghuni bahawa mereka boleh terus menggunakan ruang di Taman Tugu secara bertanggungjawab.  MoU juga akan ditandatangani dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan selaku wakil Surau-Jumaat dan Jawatankuasa yang mengawas Kuil Hindu.

ISIS Malaysia kini ditempatkan di sebuah bangunan kolonial yang dahulunya merupakan kediaman Allahyarham Tan Sri Mohd Noah bin Omar, iaitu Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama dan ahli yang mengasaskan parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

PPTD beroperasi di sebuah rumah kelab (clubhouse) kecil yang berfungsi sebagai tempat bermesyuarat dan perhimpunan sosial. Terdapat juga sebuah restoran di premis yang terkenal dengan kari kepala ikan, ayam kampung goreng dan suasana makan tengah hari yang meriah.

MoU tersebut adalah pendahuluan kepada Perjanjian Muktamad yang akan ditandatangani sebaik sahaja pewujudan Amanah Awam dimuktamadkan dan pemindahan tanah kepada Amanah tersebut disempurnakan.

Maklumat Terkini #1

Jun 19, 2017

Kami telah menerbit maklumat terkini pertama yang mempunyai maklumat terperinci tentang kemajuan Projek Taman Tugu sehingga Jun 2017. Untuk membaca atau memuat turun dokumen ini, sila klik di sini.

Maklumat ini akan diterbit dua kali setahun dan kemaskini seterusnya dianggar akan diterbit pada Disember 2017.

Nota: Kemaskini dokumen maklumat terkini ini telah dimuat-naik pada 22 Jun 2017.

Langkah Pemindahan #1

Mei 20, 2017


Tarikh: Sabtu, 20hb Mei 2017
Masa: 0900 – 1700
Tempat: Tapak taman Taman Tugu

Sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan keseluruhan tapak taman Taman Tugu, satu siri langkah pemindahan (transplanting exercise) akan dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society, MNS).

Langkah pemindahan melibatkan pengekstrakan tumbuhan secara berhati-hati (seperti pokok renek, pokok hiasan dan anak daripada pokok lain) yang tidak dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (Forest Research Institute of Malaysia, FRIM) untuk dipelihara di tapak dan dipindahkan ke tapak semaian untuk seterusnya disisih, dijaga dan diperuntukkan kepada kategori-kategori yang berikut:

  • Jenis-A: Dipindahkan semula ke tapak taman Taman Tugu selepas penyiapan
  • Jenis-B: Untuk dipindahkan ke taman awam/tapak semaian yang lain
  • Jenis-C: Untuk diberikan kepada taman persendirian

Langkah pemindahan akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan pelan pembangunan keseluruhan tapak taman Taman Tugu.

Langkah tersebut bermula hari ini di kawasan Surau Jumaat baharu (hampir 3 ekar) dengan bantuan sukarelawan berdedikasi Kelab Pencinta Alam daripada Sekolah Menengah Darul Ehsan, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Univerisiti Tenaga Nasional dan Universiti Malaya.

Kami berhasrat untuk bekerjasama dengan sekolah dan persatuan lain bagi langkah pemindahan yang akan dilakukan pada masa hadapan.

Sesi-sesi dialog dan maklum balas yang diterima dari tinjauan

April 22, 2017

public_engagement_v3

Rakyat dan juga dalam talian melalui laman sesawang Projek Taman Tugu – tamantugu.com.my.

Kami berbesar hati dengan semua maklum balas positif dan membina yang kami terima melalui sesi interaks inii. Bukan sahaja orang ramai, masyarakat sivil, sektor swasta dan pelbagai pihak berkepentingan berasa teruja berkongsi idea-idea mereka, malah mereka juga cenderung berkongsi masa, kemahiran dan kecekapan mereka untuk bekerjasama dalam pelbagai aspek taman. Tinjauan yang berjalan sejak September hingga November 2016 mendapat hampir 2,000 maklum balas.

Hasil kajian utama yang diraih melalui tinjauan ini adalah:

  • Keselamatan, penyelenggaraan dan kebersihan hendaklah dipelihara pada setiap masa hingga masa hadapan
  • Tapak Taman Tugu terus kekal semula jadi dan hijau sebaik yang mungkin dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta dan kawasan F&B dirangkumi sebagai keperluan penting
  • Juadah tempatan merupakan pilihan yang lebih disukai dengan pilihan utama termasuk nasi lemak, char kuey teow dan roti canai
  • Beberapa aktiviti luar aksi seperti zip-line dan flying fox adalah baik tetapi perlu dihadkan pada suatu bahagian kecil sahaja daripada taman
  • Berikan keutamaan kepada rentis berjalan/berlari dan akses bagi golongan kurang upaya dan pelawat pelbagai lapisan umur
  • Membuat rancangan untuk mengaktifkan taman menerusi acara kesenian dan budaya serta jelajah alam semula jadi
  • Menyediakan papan tanda interpretasi dan pencarian jalan (wayfinding) yang informatif di seluruh taman untuk mempertingkatkan pengalaman pengunjung di taman
  • Memaksimumkan akses kepada tapak Taman Tugu melalui pengangkutan awam, basikal atau berjalan kaki
  • Mengurangkan laluan pejalan kaki berbumbung dan memberikan penekanan kepada teduhan alam semula jadi untuk ke taman dan juga di dalam taman
  • Melibatkan komuniti dalam pemulihan tapak dan mempertimbangkan untuk mewujudkan kumpulan komuniti “Sahabat Taman Tugu” yang dapat memudah cara program sukarelawan bagi mereka yang berminat untuk melibatkan diri

Meskipun sesi interaksi dan tinjauan yang telah dijadualkan itu telahpun ditutup, kami akan terus berinteraksi dan berkolaborasi dengan orang ramai, masyarakat sivil, sektor swasta dan pelbagai pihak berkepentingan dalam melaksanakan projek ini. Kami terus mengalu-alukan maklum balas dan input melalui borang ‘Hubungi Kami’ yang dapat diperoleh di laman sesawang kami.

Interaksi bersama JPSM

April 13, 2017

engagement-with-jpsm

Tarikh: Selasa, 28 Mac 2017
Masa: 0900 – 1100
Tempat: Bilik Projek Taman Tugu, Mercu UEM

Pasukan Projek Taman Tugu mengendalikan suatu mesyuarat kerja bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (“JPSM”) yang diketuai oleh Datuk Borhanudin B. Hj. Arshad, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Dato’ Lim Kee Leng, Pengarah Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan.

Perkara-perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat termasuklah usaha menambah baik biodiversiti tapak yang merangkumi flora dan fauna; memastikan semua pokok yang akan ditambah kepada tapak diperoleh daripada tapak semaian yang boleh dipercayai dan melalui cara yang bertanggungjawab; menghubungkan Taman Tugu dengan rizab-rizab hutan dan taman-taman eko lain di seluruh negara serta cara dan kaedah JPSM dapat terus memberikan sokongan kepada Projek Taman Tugu.

Benih yang ditaman ketika pelancaran dan sesi dialog awam

Mac 27, 2017

seeds-planted-at-launch-and-public-engagement-sessions

Benih pokok merbau (intsia bijuga) yang ditanam oleh tetamu ketika pelancaran Projek Taman Tugu dan pelbagai sesi dialog awam pada bulan September-Oktober 2016 sedang bertumbuh dengan sihat dan kini berukuran setinggi 1meter.

Kelihatan dalam gambar ialah Encik Balu Perumal, Ketua Pemuliharaan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society, MNS) yang menjaga pokok-pokok ini bersama-sama pasukan beliau dan juga sukarelawan di tapak semaian MNS di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pokok merbau ini kemudiannya akan dipindahkan ke tapak Taman Tugu dan ditanam di lokasi kekalnya di situ.

Mesyuarat Kerja Bersama FRIM

Mac 21, 2017

web-update-frim-working-session

Tarikh: Isnin, 20 Mac 2017
Masa: 1400 – 1700
Tempat: Taman Tugu Project Room, Mercu UEM

Pasukan Projek Taman Tugu mengadakan mesyuarat kerja dengan wakil-wakil dari FRIM yang diterajui oleh Ketua Program, Program Hutan Semula Jadi, Dr Ismail Hj Parlan dan Ketua Program Ekopelancongan dan Perhutanan Bandar, Dr Noor Azlin.  Ketua Ahli Arbor bagi Projek Taman Tugu dari FRIM, Tn Hj Adnan Mohammad juga merupakan penyumbang utama.

Isi-isi penting mencakup pemilihan spesies pokok yang dianggap sebagai keetnikan kepada hutan Malaysia dan sama ada spesies-spesies ini dapat terus hidup di tapak; membuat percubaan dengan spesies pokok bakau terpilih di samping membangunkan rentis hutan dan pendidikan.

Jemputan Tender

Mac 20, 2017

tugu_newspaper-ads_landscape-h17cmw26-1cm_03_final_for-web

Sila ambil perhatian tentang jemputan tender yang telah diterbitkan di akhbar-akhbar utama berbahasa Melayu pada hari Isnin, 20 Mac 2017.

Jemputan Prakelayakan

Mac 16, 2017

6371bh2

Sila ambil perhatian tentang jemputan prakelayakan yang telah diterbitkan di akhbar-akhbar utama pada hari Khamis, 16 Mac 2017.

Projek Taman Tugu Memperoleh Kelulusan EIA

Februari 28, 2017

eia_approval

Bahagian taman bagi Projek Taman Tugu memperoleh kelulusan bagi Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment, EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi sepucuk surat bertarikh 24 Februari 2017.

Penyusunan laporan itu bermula pada bulan April 2016 dan diikuti oleh satu lawatan tapak bersama-sama dengan Pn Norlin bt Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada bulan Jun 2016. Penyerahan Laporan EIA dimuktamadkan pada bulan Januari 2017 selepas pelbagai interaksi dilakukan dengan JAS. Urusan ini dimudahkan oleh perunding yang dilantik, iaitu Chemsain Konsultant Sdn Bhd.

Dalam surat kelulusan itu, Pn Norlin menekankan bahawa selain syarat-syarat kelulusan yang telah digariskan, pelaksanaan projek hendaklah senantiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Environmental Quality Act, 1974) dan semua syarat kelulusan lain yang relevan daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.

Mesyuarat Kerja Bersama MNS

Januari 23, 2017

tugu-latest-news-1024x715

Satu mesyuarat kerja yang produktif bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society, MNS) telah diadakan pada:
Tarikh : Sabtu, 21 Januari 2017
Masa : 0830 – 1330
Tempat : Taman Tugu Project Room, Mercu UEM

Senarai Ahli mesyuarat:

MNS

  • Ar. John Koh, Pengerusi Lembaga Amanah
  • Mr. Henry Goh, Presiden & Ahli Majlis
  • Mr Eric Sinnaya, Timbalan Presiden & Ahli Majlis
  • Ms Stephanie Beacon, Setiausaha Kehormat
  • I.S Shanmugaraj, Pengarah Eksekutif
  • Prof Dr Ahmad Ismail, Ahli Biologi dan Penasihat Jabatan Pendidikan
  • Dr Saw Lim Guan, Ahli Botani

FRIM

  • Tn Hj Adnan Mohammad, Ketua Ahli Arbor bagi projek

Turut hadir ialah pasukan Projek Taman Tugu yang diterajui oleh Jiv Sammanthan dan Calvin Jacob dan juga perunding projek dan jurutera landskap yang lain

Isi-isi utama yang dibincangkan:

  • Pemuliharaan topologi hijau dan semula jadi sedia ada di tapak
  • Pemilihan spesies pokok dan strategi penanaman
  • Program untuk Pusat Pendidikan Hutan Hujan
  • Pengurusan Taman, Pembangunan dan Operasi
  • Pertimbangan aspek keselamatan dan pengurusan pokok-pokok besar berhampiran dengan struktur dan kawasan yang boleh diakses oleh orang ramai

Perkembangan Terkini: Penanaman Pokok

Oktober 19, 2016

tugu-website_Tree-Planting

Selaras dengan strategi penanaman kami untuk menambahbaikkan tapak Taman Tugu, lebih dari 5,000 pokok baru akan ditaman. Pokok-pokok ini adalah pokok hutan hujan tempatan Malaysia yang kini dijaga di tapak semaian di seluruh negara. Kebanyakan daripada pokok-pokok yang akan ditaman ini berusia dalam lingkungan 10 ke 12 tahun dan akan dipindahkan ke Taman Tugu ketika siap nanti.

Ketika pelancaran Projek Taman Tugu dan pelbagai sesi dialog awam, para hadiri telah dijemput untuk menanam biji pokok merbau (intsia bijuga) di kotak semaian yang disediakan oleh Malaysian Nature Society (MNS). Biji tersebut kemudiannya dipindahkan ke tapak semaian MNS dimana ianya dijaga dan akan di pindahkan ke Taman Tugu pada 2018.

Sebulan telah berlalu sejak pelancaran Projek Taman Tugu awal bulan September dan biji-biji tersebut telah tumbuh menjadi anak pokok yang berkembang  dibawah dedikasi dan penjagaan pihak MNS. Ikutilah perkembangan terbaru di galeri kami sini kerana kami akan mengemaskini galeri tersebut dengan gambar terbaru di masa akan datang.

Sesi Maklum Balas Awam 1 & 2

September 10, 2016

tugu_img1-1024x691

Kami telah memulakan sesi-sesi maklum balas awam dengan dua sesi pada hari Jumaat, 9 Sep dan hari Sabtu, 10 Sep.

Kedua sesi ini telah diterajui oleh Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Khazanah Nasional dan dihadiri oleh 140 hadirin. Mereka terdiri daripada pelbagai pihak seperti orang awam, wakil dari kumpulan kepentingan awam seperti kumpulan pemuliharaan alam sekitar, pelajar universiti, aktivis pelajaran, kumpulan ibu bapa, persatuan dan badan professional dan juga ahli parlimen dan media.

Kami telah menerima banyak maklum balas dari para hadirin semasa dialog ini dan kami berharap dapat menerima banyak lagi dalam sesi-sesi yang akan datang (jadual di sini).

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman Soalan Lazim kami yang telah dikemas kini.

Pelancaran Projek Taman Tugu

September 7, 2016

Projek Taman Tugu telah dilancarkan pada 4 September, dan kami telah menerima maklumbalas yang amat menggalakkan daripada anda.

tugu_img2-1024x691

Kami ucapkan terima kasih diatas sokongan anda dan komen yang diberikan. Daripada maklumbalas tersebut, kami turut menyedari bahawa anda inginkan maklumat tambahan mengenai projek ini. Kami hargai minat anda dan ingin berkongsi FAQ yang mengandungi penerangan lanjut mengenai Projek Taman Tugu.

Jangan lupa juga ke galeri foto yang mempamerkan foto majlis pelancaran Projek Taman Tugu tempoh hari.

Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi maklumabalas kaji selidik mengenai Projek Taman Tugu. Bagi mereka yang belum berbuat demikian, kami menjemput anda untuk mengisi borang kaji selidik di sini.

Kami akan mengemaskini laman web ini dengan maklumat tambahan setiap minggu. Kunjungilah laman web ini dari semasa ke semasa untuk mengikuti perkembangan terkini Projek Taman Tugu.