Perkembangan Semasa

Pertandingan Reka Bentuk Inovasi Hijau Taman Tugu 2017

Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) menyeru rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menjadi sebahagian daripada legasi hijau terkini Malaysia – Taman Tugu.

Pertandingan Reka Bentuk Greenovation Taman Tugu merupakan sebuah pertandingan berasaskan idea untuk bangku atau gazebo (pondok kecil) inovatif yang akan ditempatkan di kawasan taman Taman Tugu yang seluas 66 ekar (27 hektar). Reka bentuk yang berjaya akan dipilih dan dibina di dalam Taman tersebut untuk penggunaan awam.

Pertandingan dibuka hari ini (4hb September 2017). Semua penyerahan hendaklah dibuat sebelum 16hb Oktober 2017. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang ILAM: www.ilamalaysia.org/greenovation



top