Perkembangan Semasa

Pertolongan Kecemasan Taman Tugu

Tarikh: 12 & 13 Februari 2019
Lokasi: Khazanah ILMU Bungalow

Pasukan Taman Tugu telah mengambil bahagian dalam latihan Pertolongan Kecemasan sepanjang 2 hari yang dikendalikan oleh En. Devan Naidu dari Persatuan Bulan Sabit Merah.

Latihan tersebut merangkumi ajaran teori diikuti dengan latihan amali. Latihan amali tersebut merangkumi latihan CPR, pembalutan pertolongan cemas, tindak balas terhadap pelbagai senario kecemasan seperti gigitan ular, pengsan, dan sebagainya. Simulasi senario benar juga turut dijalankan semasa latihan amali tersebut.

Latihan sepanjang 2 hari tersebut diakhiri dengan perperiksaan teori dan amali. Pasukan Taman Tugu telah lulus peperiksaan tersebut dan setiap ahli pasukan akan menerima Sijil Pertolongan Kecemasan dari Persatuan Bulan Sabit Merah.

Pasukan ini telah menjalani latihan pertolongan cemas untuk menambahbaik langkah-langkah keselamatan sekitar Taman Tugu dan untuk memastikan pasukan ini dilengkapi dengan kemahiran asas dan pengetahuan untuk memberi pertolongan kecemasan sewajarnya dan mendapatkan bantuan profesional sekiranya berlaku kecemasan. Di samping latihan, pasukan ini telah menyediakan tindak balas perlolongan kecemasan dan prosedur-prosedur untuk memastikan keselamatan para pengunjung Taman Tugu. Nombor-nombor kecemasan adalah termasuk :

Terima kasih ke atas sokongan anda terhadap Taman Tugu dan Projek Taman Tugu. Pasukan Taman Tugu komited dalam memastikan anda semua mendapat pengalaman yang baik dan selamat di Taman Tugu.

Sila ikuti ‘Friends of Taman Tugu’ di Facebook dan / atau Instagram untuk maklumat terkini mengenai aktiviti-aktivi di Taman Tugu.



top