Asam Pahong

Asam Pahong

Nama Saintifik: Baccaurea lanceolate
Nama Keluarga: Phyllanthaceae (Euphorbiaceae)

Pokok Asam Pahong di Taman Tugu
Pokok Asam Pahong adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Asam Pahong adalah sejenis pokok yang mempunya banyak dahan-dahan dengan bentuk crown tebal yang boleh tumbuh setinggi 3-30m. Batang pokok inin mempunyai buttress dan mempunyai ukuran diameter 5-60cm. Petiole pokok adalah 16-184mm panjang. Daunya yang glabrous, melentok pulvinate pada apeks dan sedikit pada pangkalnya. Buahnya seakan globose ke ellipsoid dengan kehadiran kelenjar yang terbangkit, berwarna hijau semasa muda, beralih untuk putih berkrim atau kuning pucat keperangan apabila matang. Biji-benihnya yang berbentuk ellipsoid, mendatar dan leper dengan warna testa kuning atau putih. Arillodanya berwarna putih ke kelabu dan lut sinar.

Kegunaan
Untuk merawat sakit perut, daun pokok ini boleh ditumbuk dalam buluh dan dicampur dengan air menjadi rebusan untuk diminum. Sebuah poultice yang diperbuat daripada buah pokok ini untuk melegakan bengkak pada badan. Pengambilan minuman yang dibuat dari getah dan kulit pokok ini yang ditumbuk boleh menghalang rasa mabuk. Kulit pericarp dan arilloda pokok ini boleh dimakan walaupun mepmunyai rasa masam dan oleh itu biasanya dimakan bersama sedikit gula atau garam. Ianya juga sesuai apabila digabungkan dengan nasi ayam. Kayu pokok ini boleh digunakan untuk pembinaan rumah. Selain kepercayaan tempatan bahawa buah-pokok boleh membantu melindungi daripada azimat, buah pokok ini kerap juga dimakan sebelum menziarah rumah semasa musim perayaan menuai. Pokok ini dinyatakan amat jarang ditanam di kebun buah-buahan

Habitat
Pokok ini tumbuh di hutan-hutan Dipterokarp campuran dan hutan sub-montane pada aras 1300m atas laut di Malaysia dan negara-negara jiran yang lain. Biasanya didapati di tapak aluviam, tetapi kadang-kala juga di kaki dan rabung bukit. Sesuai ditanam atas tanah liat, tanah berpasir dan juga pada batu kapur.