Balau Laut

Balau Laut

Nama saintifik: Shorea glauca
Nama keluarga: Dipterocarpacea

Pokok Balau Laut di Taman Tugu
Pokok Balau Laut adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).
Pokok ini dikelaskan sebagai ‘Terancam’ di bawah Senarai Merah Kesatuan Konservasi Alam Sekitar Antarabangsa (“IUCN”) bagi sepsis terancam akibat pembalakan terlampau dan pembasmian hutan.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Balau Laut adalah sejenis pokok evergreen bersaiz sederhana yang tumbuh setinggi 20-30m. Batangnya berbentuk silinder tidak berdahan bagi 18-27m dari jumlah ketinggiannya serta diameternya boleh membesar sehingga 120-160cm dengan buttress yang ketara. Daunnya berbentuk ovate ke lanceolate, nipis, dengan 7-10 pasang urat sekunder hampir tidak terbangkit serta glaucous di permukaan bawahnya. Kelopak bunga adalah pendek, elliptical oblong, stamen, dengan apendej barbate. buah-buahnya mempunyai lobus calyx yang tidak sama.

Kegunaan
Kayu adalah pokok ini amat penting di peringkat antarabangsa. Ianya amat berharga secara komersial untuk pembikinan lantai, kotak dan peti, dan pertukangan berat. Spesies ini juga ditoreh untuk Dammar resin. Dammar adalah sejein resin yang keras, yang diperolehi daripada pelbagai jenis pokok dari Asia Tenggara. Mengikut tradisinya, ia digunakan untuk tujuan seperti memakal perahu dan bakul, sebagai pelekat, ubat, sebagai minyak untuk torches dan kadang-kala dalam makanan.
 
Habitat
Pokok-pokok tropika ini tumbuh subur di tanah pamah hutan evergreen, dan juga pada Kawasan berbukit dan tanjung tinggi berbatu, rabung bukit dan cerun berhampiran pantai. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.