Balau Pasir

Balau Pasir

Nama saintifik: Shorea materialis
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Balau Pasir di Taman Tugu
Balau Pasir adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”) kerana spesis ini sering ditebang untuk kayunya.

Ciri-ciri fizikal
Pokok Balau Pasir adalah pokok renjong yang mempunyai silara yang leper tersebar kepada beberapa ranting besar. Ia mampu tumbuh sehingga 40m tinggi. Batang pokok berbentuk silinder yang lurus boleh mencecah sehingga 120cm diameter dengan jejalur langsing sehingga 150cm tinggi. Daun-daunnya besar membujur, falkat yang mempunyai bahagian bawah sama rata dengan 9-12 pasang urat sekunder halus yang jelas. Kelopak-kelopak bunganya halus. Cuping kelopak buahnya tidak sama rata.

Kegunaan
Pokok ini adalah sumber bagi kayu ‘Balau Merah’. Kayu ini sangat tahan lama dan digunakan untuk jambatan, dermaga, rasuk dan dalam aplikasi dimana kekuatan yang tinggi diperlukan.
 
Habitat
Pokok tropika ini dijumpai dikawasan tanah rendah tropika lembap, dimana ianya ditemui pada paras ketinggian sehingga 600m. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia dan Indonesia.