Balau Sengkawang Air

Balau Sengkawang Air

Nama saintifik: Shorea sumatrana
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Balau Sengkawang Air di Taman Tugu
Pokok Balau Sengkawang Air adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).
Pokok ini dikelaskan sebagai ‘Terancam kritikal’ di bawah Senarai Merah Kesatuan Konservasi Alam Sekitar Antarabangsa (“IUCN”) bagi sepsis terancam akibat kadar pembalakan terlampau dan pembasmian hutan.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Balau Sengkawang air adalah sejenis pokok kecil dengan buttress yang pendek. Daun yang berkuilit nipis, berbentuk elips-oblong, dengan 10-14 pasangan urat sisian. Stipule berbentuk linear-lanceolate, gugur awal, dan meninggalkan parut stipular. Bunga-bunganya tumbuh dalam kelompok, bersaiz kecil, berwarna krim putih ke kuning pucat serta kemerahjambuan pada bahagian dalam. Terdapat 25 stamen dengan anthers bujur, dan ovari yang berbulu lebat, berbentuk kon ke rbentuk jam pasir. Buah-buahnya adalah berkayu dengan 5 lobus calyx melengkung ke belakang yang menyerupai sayap. Biji kacangnya adalah globose dengan hujung yang pendek dan dilindungi bulu nipis yang lembut.

Kegunaan
Kayu pokk ini mempunyai pelbagai kegunaan termasuk pembinaan ringan, lantai, tanggam luaran, alat muzik, kotak dan peti. Resin daripada batang digunakan secara tradisional untuk membuat obor dan kini digunakan dalam pembuatan cat, varnis, lakuer, kosmetik serta digunakan dalam industri farmaseutikal, pergigian dan linoleum. Ia juga digunakan sebagai emulsifier dan stabiliser untuk produk cat dan dakwat percetakan. Di Borneo, buah-buahnya yang digunakan untuk membuat mentega illipe, yang boleh dimakan apabila dimasak. Mentega illipe yang diperolehi daripada biji mudah diserap oleh kulit. Ia boleh digunakan untuk merawat masalah kulit dan sering digunakan sebagai bahan perantaraan bagi bahan-bahan lain yang disapu ke atas kulit.

Habitat
Pokok-pokok tropika ini tumbuh di kawasan berhampiran tebing sungai. Pokok-pokok ini adalah berasal dari Semenanjung Malaysia, Borneo, Sumatera dan Thailand.