Banyan

Banyan

Nama saintifik: Ficus benghalensis
Nama keluarga: Moraceae

Pokok Banyan di Taman Tugu
Pokok Banyan adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal

Pokok Banyan adalah sejenis pokok besar yang boleh tumbuh setinggi 30m dengan crown meluas. Batangnya mengeluarkan akar-akar aerial, yang akan menjadi batang berkayu sebaik sahaja mereka sampai ke tanah. Daunnya berbentuk ovate ke elips. Kedua-dua urat utama dan sisian amt menonjol. Pokok ini adalah monoecious (bunga jantan dan betina tumbuh pada pohon yang sama). Buah-buahnya tumubh secara berpasangan pada axil daun, berbentuk globose globose-tertekan, berwarna merah atau oren bila masak. Ia kadang-kala dipanggil buah tanpa bunga kerana bunga-bunga yang tersembunyi di dalam buah-buahan.

Kegunaan
Pokok Banyan mempunyai beberapa sifat-sifat perubatan – daun, kulit batang, benih, dan buah-buahan, fig, digunakan untuk pelbagai jenis penyakit seperti cirit-birit, polyuria, pergigian, dan kencing manis. Kayunya digunakan untuk membuat panel pintu. Kulit batnagnya juga boleh digunakan untuk membuat kertas dan tali. Daunnya selalu digunakan di India sebagai pinggan makanan. Akarnya juga digunakan untuk membuat tiang khemah dan jadikan kerangka pengankut troli.  

Habitat
Pokok tropika / sub-tropika ini tumbuh hutan tropika dari aras laut ke paras ketinggian 1, 200 m. Pokok-pokok ini berasal dari India, China melalui Asia Tenggara, dari Pulau Caroline Pulau ke Australia. Nama spesies ‘benghalensis’ merujuk kepada tumbuh-tumbuhan adalah berasal dari Bengal.