Berangan

Berangan

Nama saintifik: Castanopsis inermis
Nama keluarga: Fagaceae

Pokok Berangan di Taman Tugu
Berangan adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Berangan adalah pokok bersaiz sederhana yang boleh tumbuh sehingga ~30m dan mempunyai silari yang tidak sekata. Kulit batang pokoknya berwarna kelabu kasar, dan mempunyai lentisel. Daun-daunnya teratur secara melilit. Daun-daunnya yang panjang mempunyai bilah daun berbulu yang berbentuk seperti mata tombak. Bilah daunnya hanya berbulu dibahagian bawah daun. Bunga-bunganya terhasil dalam kelompok pucuk bunga jantan, betina, dan biseksual. Kedua-dua bunga jantan dan betina boleh bersendirian atau dalam kelompok 3-7 (untuk jantan) dan 3-4 (untuk betina).

Bagi buah-buahannya pula, kupul menutup buahnya sepenuhnya. Kupul berbentuk obovoid-globos yang tertekan mempunyai bulu berwarna perang-kekuningan. Kupulnya mempunyai 3-4 cuping ditandai dengan jalur-jalur lengkung yang mempunyai tuberkel tebal. Buahnya (kekacang) dilitupi bulu berwarna perang kemerah-merahan dengan padat. Buah-buahnya juga didalam kelompok 1-4, dimana buah tengahnya berbentuk bulat-segitiga di rentas silang, sementara buah-buahan lateral yang lebih kecil berbentuk seperti telur atau bulat.

Kegunaan
Biji dari buahnya boleh dimakan dan boleh dimakan secara mentah atau dimasak. Biji-bijinya direbus, dikering, dibakar atau digunakan dalam coklat dan pastry. Kulit batang pokoknya adalah sumber tanin dan boleh digunakan sebagai pewarna untuk serat tahan cuaca. Ranting dan dahan bagi kebanyakan pokok spesis Castanopsis digunakan sebagai batas dalam penanaman cendawan. Kayunya adalah bahan bakar yang baik dan boleh digunakan untuk membuat arang.

Habitat
Pokok-pokok ini secara amnya mampu tumbuh dalam pelbagai jenis tanah, sabaik-baiknya tanah yang mempunyai saliran yang baik. Ianya tumbuh dengan baik dengan cahaya matahari penuh, tetapi pokok-pokok muda secara amnya tumbuh dengan baik dikawasan berteduh. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia.