Binjai

Binjai

Nama Saintifik: Mangifera caesia
Nama Keluarga: Anacardiaceae

Pokok Binjai di Taman Tugu
Pokok Binjai adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Binjai adalah sejenis pokok yang besar, decidous dengan crown yang berbentuk kubah dan berdahan besar. Ia biasanya mencapai ketinggian kira-kira 30-45m. Batangnya lurus boleh didapati bebas dari dahan untuk sebahagian beasr dari ketinggiannya, mempunyai diameter batang berukuran 155cm dan tanpa buttress. Mengikut kemungkinan, biji benihnya boleh dikahwinkan secara cantuman tunas, khususnya melalui teknik inarching potted, kepala rootstocks yang tercantas dicantumkan ke ranting pokok-pokok ibu. Dedaun terdiri daripada daun bertangkai yang tersusun secara bersilang, berkulit tebal, mempunyai ukuran dimensi 7.5-41.5cm panjang dan 2.5-11cm lebar. Bunga-bunganya berwarna violet ke ungu lembut, sepanjang 1cm, ditanggung pada inflorescences bercabang yang sepanjang 40cm. Buahnya yang berbentuk seakan buah pir, berawrna perang pucat apabila masak, berukuran 10-19cm panjang dan 5-10cm lebar, serta mengandungi sebiji benih merahjambu dengan endocarp yang keras.

Kegunaan
Pokok ini merupakan sumber kayu ‘machang’. Teras batng pokok ini berwarna adalah perang kekelabuan, kadang-kala berwarna perang atau teras berjalur hitam. Ia tidak jelas dibezakan daripada pelbagai kumpulan sapwood. Teksturnya adalah sederhana kasar ke kasar dan urat kayunya beralun serta berpanca.
Pokok Binjai sering digunakan untuk menyediakan rempah yang berasaskan cili (sambal). Di sesetengah tempat, buah yang masak akan dijeruk dengan garam dalam balang, dan digunakan untuk membuat sambal ini apabila terdapat buah-buahan segar yang tidak boleh didapati. Daun muda mentah boleh digunakan sebagai perisa yang manakala benih yang segar atau kering boeh di parut, dicampur dengan rempah ratus dan ikan kering, dan dihidang Bersama nasi.

Habitat
Pokok ini adalah sejenis pokok kanopi pertengahan, yang agak jarang dijumpa di dalm hutan. Ia didapati secara lebih kerap di kawasan banjir dan paya tempatan pada ketinggian sehingga 500m atas paras laut. Ia tumbuh dalam hutan paya atau tanah rendah primer, dan juga sepanjang sisir sungai, sehingga kepada ketinggian altitud 450 m.