Bungor

Bungor

Nama saintifik: Lagerstroemia langkawiensis
Nama keluarga: Lythraceae

Pokok Bungor di Taman Tugu
Pokok Bungor adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).
Pokok ini dikelaskan sebagai ‘Terancam’ di bawah Senarai Merah Kesatuan Konservasi Alam Sekitar Antarabangsa (“IUCN”) bagi sepsis terancam. Pokok ini terancam disebabkan oleh pembasmian hutan.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Bungor adalah sejenis pokok bersaiz kecil (6-15m tinggi) ke sederhana (16-30m tinggi) di kalangan keluarganya. Daun pokok Bungor adalah ringkas, berbentuk lanceolate ke oblong, berwarna merah apabila muda beralih hijau apabila matang. Bunga-bunganya berwarna merah jambu dengan 5 ke 6 kelopak. Buah-buahnya yang dihasilkan adalah kapsul dengan bentuk elips-oblong.

Kegunaan
Pokok ini digunakan sebagai satu pokok hiasan landskap kerana bunga-bunganya yang berwarna merahjambu yang terang. Ia amat sesuai untuk tanaman di sepanjang perjalanan bandar, taman-taman kerana warnanya yang cantik dan nilai estetik. Pokok Bungor juga mempunyai nilai perubatan, bahagian-bahagian pokok tersebut boleh digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dan buah pinggang.

Habitat
Pokok ini boleh ditemui di hutan hujan tanah pamah yang terbuka di zon iklim tropika dan tengkujuh. Pokok-pokok ini adalah endemik kepada Pulau Langkawi, Malaysia.