Burmese Grape

Burmese Grape

Nama saintifik: Baccaurea ramiflora
Nama keluarga: Phyllanthaceae

Burmese Grape di Taman Tugu
Pokok Burmese Grape adalah sebuah pokok hutan tempatan yang termasuk di antara 4100 pohon pokok yang terpilih untuk ditanam di tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Pokok ini telah dipilih kerana keupayaannya untuk menghasilkan buah yang mampu menarik pelbagai jeni fauna seperti burung, monyet dan tupai untuk memupuk satu ekosistem yang seimbang di Taman Tugu.

Ciri-ciri fizikal
Pokok Burmese Grape merupakan pokok bersaiz sederhana yang mencecah ketinggian 20-25m dan mempunyai bentuk ‘crown’ yang bulat dan rendang.
Kulit batangnya yang berwarna kerim atau jingga keperangangan didapati mempunyai permukaan yang licin ataupun ber-fisur serta mengelupas.
Dedaun pokok ini senipis kertas dan membujur, di mana permukaan atas dedaunnya berwarna hijau manakala permukaan bawahnya hijau-kekuningan.
Pokok Burmese grape ini menghasilkan bunga-bunga kecil yang putih-kekuningan. Bunga-bunganya tumbuh secara berkelompok atas dahan-dahan atau ranting-ranting yang lama atau pada batangnya. Bunga-bunga jantan boleh membesar sehingga 15cm panjang, manakala bunga-bunga betinanya boleh mencecah sehingga 35cm panjang.
Buahnya apabila masak mempunyai rasa mmasam-manis. Ianya berwarna kekuningan, dan akan berubah merah jambu hingga merah atau ungu apabila masak.
ketika buah-buahnya masih muda, ia sering dikelirukan dengan buah Langsat.
Bijih-bijih pokok ini tersebar melalui burung atau haiwan-haiwan mamalia yang makan buah-buahannya.

Penggunaan
Kulit Batang, akar dan kayu pokok ini selalunya dituai bagi tujuan perubatan untuk merawat penyakit kulit.

Habitat
Pokok-pokok ini merupakan pokok tropika yang biasanya tumbuh di kawasan hutan-hutan primer dan sekunder
setinggi 1700m.
Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, selatan China dan India.