Butterfruit / Mentega

Butterfruit / Mentega

Nama saintifik: Diospyros discolor
Nama keluarga: Ebenaceae

Mentega di Taman Tugu
Pokok Mentega adalah sebuah pokok hutan tempatan yang termasuk di antara 4100 pohon pokok yang terpilih untuk ditanam di tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS’). Ia telah ditambah untuk memupuk biodiversity di tapak ini kerana buah-buahan yang sering dimakan oleh mamalia-mamalia tempatan seperti monyet dan tupai.

Ciri-ciri fizikal
The Mentega tree is an evergreen tree, with a conical crown, and can grow to a height of 7–15m tall. The diameter of the trunk usually grows between 50-80 cm wide when fully matures. Its stalked, leathery, alternate leaves are oblong in shape, 8-30cm long by 2.5-12cm wide, with rounded base and a pointed tip. The upper surface is dark-green and shiny, while the lower surface is silvery and hairy. The young leaves are pinkish in colour.
It is a dioecious plant, with separate plants bearing male or female flowers. The urn-shaped male flowers are borne on axillary cymes, in small clusters of 3-7 flowers. The corolla is four-lobed and creamy white. The urn-shaped female flowers are similar in appearance to the male flowers, except that they are solitary, and slightly larger than the male flowers. Its fruits are fleshy berries that are round or slightly flattened on one side. 5-12 cm by 8-10 cm, with a reddish brown velvet skin and creamy white to yellow flesh that is sweet and aromatic. The fruits are said to emit a strong odour that resembles cheese.

Pokok Mentega adalah pokok evergreen, yang mempunyai ‘crown’ berbentuk kon, dan boleh membesar setinggi 7-15m. Diameter batang pokok ini biasanya tumbuh antara 50-80 SM lebar apabila matang. Daun-daunnya yand bertangkai, berkulit tebal, tersusun bersilih ganti, berbentuk bujur, 8-30cm panjang dan 2.5-12cm lebar, dengan membulat pada pangkalnya dan berubah tiru pada hujungnya. Permukaan atas daun pokok ini hijau gelap dan berkilat, manakala permukaan bawah keperakan dan berbulu. Daun muda pokok ini berwarna merah jambu.
Ia adalah sejenis tumbuhan dioeciousdan mempunyai pokok jantan dan betina yang berasingan. Bunga jantan berbentuk pasu dan tertanggung pada axillary cymes, serta tumbuh dalam kelompok 3-7 bunga. Corolla pokk inn mempunyai empat lob dan berwarna putih krim. Bunga betinanya berbentuk pasu seiras rupa bunga jantannyatetapi ia tumbuh bersendirian, dan lebih besar daripada bunga jantan. Buah pokok ini merupakan beri berserabut yang bulat tetapi leper pada satu sisinya, bersaiz 5-12 cm x 8-10 cm, dengan kulit baldu perang kemerahan dengan isi putih kekuningan yang manis dan aromatik. Buah-buahan pokok ini yang dikatakan mengeluarkan bau yang kuat menyerupai keju.

Kegunaan
Pokok ini sesuai untuk ditaname di taman bunga, Taman-Taman rekreasi, dan di sepanjang jalan kerana bentuk ‘crown’ yang lebat dan menarik, serta buah-buahan yang diselaputi baldu perang kemerahan. Ia juga dikatakan sangat tahan taufan.

Habitat
Pokok ini tumbuh di hutan primer dan sekunder di Malaysia dan Filipina, dari altitude rendah ke sederhana.