Chengal

Chengal

Nama saintifik: Neobalanocarpus heimii
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Chengal di Taman Tugu
Chengal adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Chengal adalah pokok bersaiz sederhana yang boleh tumbuh sehingga 18m tinggi. Daun-daunnya yang bersilih, panjang mempunyai bilah daun berbulu yang berbentuk seperti mata tombak bujur memanjang, dan berwarna perang atau kekuningan perang atau kehijauan di atas apabila kering. Setiap pucuk bunganya mengandungi sehingga 7 bunga kuning. Buah tanpa sayapnya berwarna kuning gelap.

Kegunaan
Pokok Chengal adalah sumber kayu yang berkualiti. Kayunya adalah kayu pilihan untuk kerja-kerja pembinaan kapal, ranjang landas landasan kereta api, dan pembinaan rumah/bangunan. Disebabkan nilai kayu dan kerentanan pokok ini, Jabatan Perhutanan Malaysia telah menetapkan had minimum dan maksimum untuk menebang pokok Chengal.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh didalam hutan yang mengandungi tanah bersaliran baik sehingga paras ketinggian 1,000m. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Thailand.