Cleistanthus maingayi

Cleistanthus maingayi

Nama saintifik: Cleistanthus maingayi
Nama keluarga: Phyllanthaceae (Euphorbiaceae)

Pokok Cleistanthus maingayi di Taman Tugu
Pokok Cleistanthus maingayi adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok yang bersaiz kecil yang tumbuh sehingga ~8m tinggi. Kulit batang pokoknya berwarna kelabu-kehijauan ke perang dengan sisik yang tidak seragam; namum kulitnya yang baru pucat dan kulitnya di sebelah dalam berwarna hijau-keputihan pucat, dan batangnya berwarna merah jambu. Daun-daunnya ringkas, bersilih, kekelabuan dibahagian bawah dan daun-daunnya yang muda berwarna hijau pucat. Ranting dan tangkainya berbulu dan berwarna perang. Perbungaannya adalah secara aksil dan berlaku dalam kelompok. Bunga jantannya mempunyai 5 kelopak ‘minute’, 5 kelopak sepal, berbentuk seperti cawan, dan mempunyai 5 stamen. Bunga betinanya mempunyai 5 kelopak ‘minute’, 5 valvat sepal, ovarinya ditutup di dalam ceper, dan mempunyai 3 stil. Buah-buahnya mempunyai 2-4 kelopak, 2 kokus, setiap kokus mempunyai 2 biji benih.

Kegunaan
Pokok ini tiada rekod etnobotani.

Habitat
Pokok-pokok tropika ini berasal dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak.