Common Pulai

Pulai

Nama saintifik: Alstonia angustiloba
Nama keluarga: Apocynaceae

Pokok Pulai di Taman Tugu
Kebanyakan pokok Pulai yang terdapat di tapak Taman Tugu adalah tumbuhan asal di kawasan tersebut. Ia merupakan salah satu spesies pokok kayu lembut yang dominan di dalam hutan Taman Tugu dengan jumlah 35 pokok yang terpelihara. Pokok-pokok ini dianggarkan antara 80 – 90 tahun dengan mencecah ketinggian sehingga 40m dan mepunyai diameter batang antara 140 – 170cm.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok pulai biasanya terdapat di pertengahan lapisan kanopi hutan. Ia mempunya ‘crown’ yang berbentuk pagoda dan akan membesar setinggi 40m. Batang pokok ini mempunyai ‘buttress’ dan permukaan yang bergalur serta berwarna kelabu-gelap. Walaubagaiamanapun, permukaan batang pokok ini adalah licin semasa muda dan akan bertambah kasar dan retak menginkat usia. Kayu pokok ini lembut dan berwarna kuning-pucat. Daun-daun pokok ini berbentuk oval, tebal, berkilat, dan berwarna hijau gelap di permukaan atas dan hiaju-pucat di permukaan bawah. Bunga pokok ini amat harum dan berwarna putih.Buah-buah pokok ini berbentuk sepasang ‘pod’ berbulu perang dan mempunyai banyak biji. Biji-biji pokok ini berwarna perang gelap, permukaan licin, berbentuk oval dan leper, serta disebarkan melalui angin.

Kegunaan
Kayu lembut Pulai sesuai digunakan untuk membuat rakit kerana keapungan kayu tersebut. Ia juga digunakan dalam penghasilan papan lantai, mancis, dan perabot ringan. Untuk perubatan, lateks kulit batang pokok ini boleh digunakan untuk merawat abses dan bisul.

Habitat
Pokok Pulai adalah sebuah tumbuhan tropical yang sering terdapat di Kawasan hutan, paya, bukit, tanah lom atau tanah berpasir setinggi 200m. Pokok-pokok ini tumbuh asli di Semenanjung Malaysia, Borneo, Sumatra, Java, dan Singapura.