Damar Hitam Bulu

Damar Hitam Bulu

Nama saintifik: Shorea longisperma
Nama Keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Damar Hitam Bulu di Taman Tugu
Pokok Damar Hitam Bulu adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”) kerana spesis ini sering ditebang untuk kayu ‘Meranti Kuning’nya.

Ciri-ciri fizikal
Damar Hitam Bulu adalah pokok renjong dengan silari yang amat besar, tersebar, berbentuk seperti bunga kol. Ia mampu tumbuh sehingga 70m tinggi. Batang pokok yang tinggi, lurus, berbentuk silinder boleh mencecah sehingga 290cm diameter dengan jejalur sehingga 4m tinggi dan kearah luar.

Kegunaan
Pokok ini adalah sumber bagi kayu ‘Meranti Kuning’. Kayunya digunakan untuk tujuan tanggam dalaman dan kerja-kerja panel, perabot, kerja-kerja kayu ringan, kerja-kerja lantai dan venir.

Habitat
Pokok-pokok renjong ini bertaburan dikawasan yang kaya dengan tanah liat subur di dalam hutan dipterokarpa campuran, terutamanya dikawasan batu-batu gunung berapi di kawasan yang beralun dan terlindung dilereng gunung pedalaman; pada paras ketinggian sehingga 1,400m. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Brunei, dan Indonesia.