Damar Hitam Gajah

Damar Hitam Gajah

Nama Saintifik: Shorea gibbosa
Nama Keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Damar Hitam Gajah di Taman Tugu
Pokok Damar Hitam adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Damar Hitam Gajah itu adalah sepohon pokok yang besar luas yang biasanya tumbuh setinggi 70m dan mempunayi ‘crown’ berbentuk cauliflower,. Ia juga mempunyai akar buttress yang tersebar luas. Pokok ini mempunyai bilah daun yang tersusun alternatif, bertangkai, sehalus kertas yang bujur atau berbentuk telur, dan akn berwarna perang pada kedua-dua permukaan apabila kering. Pucuk berbunga didapati sepanjang 10cm, dan menanggung sebanyak 6 kuntum bunga merah putih. Stamen-stamennya mempunyai filamen-filamen yang bengkak. Pokok ini juga mempunyai buah-buahan yang hijau-merah keperangan dan mengandungi biji sebesar 1.8cm x 1.2cm yang mepunyai 3 sayap Panjang dan 2 sayap pendek.

Kegunaan
Batang pokok Damar Hitam Gajah mengandungi resin. Kayunya juga digunakan kerana ia merupakan sumber kayu ‘Meranti Kuning’. Bahagian teras batang berwarna kuning cair ke kuning-keperangan yang kadang-kala kehijauan dan mengelap apabila terdedah kepada udara. Kayunya memang ringan, lembut dan tahap tahan lasak yang sederhana. Kayunya juga digunakan untuk tujuan seperti tanggam dalaman dan paneling, perabot, pertukangan ringan, lantai dan vanier.

Habitat
Pokok-pokok lapisan renjong ini boleh ditemui di hutan Dipterokarp campuran yang tidak terkacau pada paras ketinggian sehingga 800m. Pokok ini biasanya terdapat di kawasan tanah Aluviam ke tapak-tapak kering, biasanya di kawasan bertanah liat. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Borneo, Singapura dan Sumatera.