Damar Hitam Siput

Damar Hitam Siput

Nama saintifik: Shorea faguetiana
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Damar Hitam Siput di Taman Tugu
Pokok Damar Hitam Siput adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”) kerana pembalakan oleh industri minyak kelapa sawit di Malaysia telah mengurangkan jumlah pokok ini.

Ciri-ciri fizikal
Damar Hitam Siput adalah pokok bersaiz besar dengan silari padat, berbentuk hemisfera. Ia mampu tumbuh sehingga 50m tinggi. Batang pokok yang lurus, berbentuk silinder boleh mencecah sehingga 60-150cm diameter dengan jejalur sehingga 150cm tinggi. ‘Angiosperm’ yang tertinggi yang didokumentasikan ialah pokok Damar Hitam Siput, berketinggian 100.8m tinggi, dijumpai di Kawasan Koservasi Lembah Danum, Sabah, diukur pada 6hb Januari 2019. Pokok ini diberi nama julukan ‘Menara’ kerana ketinggiannya.

Kegunaan
Pokok ini adalah sumber bagi kayu ‘Meranti Kuning’. Kayunya digunakan untuk tujuan tanggam dalaman dan kerja-kerja panel, perabot, kerja-kerja kayu ringan, kerja-kerja lantai dan venir.

Habitat
Pokok-pokok renjong ini tumbuh dikawasan hutan dipterokarpa campuran, tumbuh dikawasan bertanah liat dan tanah liat berpasir yang mempunyai saliran yang baik di bahagian bukit yang rendah terutamanya puncak rabung; kebiasaannya pada paras ketinggian 150-700m, kadang-kala sehingga 1,000m. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Indonesia, dan Thailand.