Damar Hitam

Damar Hitam

Nama saintifik: Shorea balanocarpoides
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Damar Hitam di Taman Tugu
Pokok Damar Hitam adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).
Pokok ini dikelaskan sebagai ‘Terancam kritikal’ di bawah Senarai Merah Kesatuan Konservasi Alam Sekitar Antarabangsa (“IUCN”) bagi sepsis terancam akibat kadar pembalakan terlampau dan pembasmian hutan.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Damar Hitam adalah sejenis pokok bersaiz kecil ke sederhana ynyaang boleh tumbuh sehingga setinggi 40m. Diameter Batangnya boleh membesar sehingga 80cm. Daun berbentuk ovoid.

Kegunaan
Kayu pokok Damar Hitam dikenali sebagai ‘Meranti kuning’. Ia juga merupakan satu spesies yang digemari untuk pembuatan papan lapis. Lemak yang diperoleh daripada kacang illipe digunakan oleh penduduk tempatan. Ia adalah boleh dimakan dan menyerupai mentega cacao.

Habitat
Pokok-pokok tropika ini tumbuh di hutan Dipterokarp campuran, pada rabung bukit, atas tanah yang beralun serta tanah liat berpasir; pada paras ketinggian sehingga 700m. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia dan Indonesia.