Damar Melapi

Damar Melapi

Nama Saintifik: Hopea Coriacea
Nama Keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Damar Melapi di Taman Tugu
Pokok Damar Melapi adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Damar Melapi adalah sejenis pokok yang tinggi (setinggi 16-30m) dengan permukaan kulit batang yang merekah dan mengelupas. Daunnya bertangkai, tersusun secara bersilang, berkulit tebal, berbentuk ovate meluas dan biasanya dijumpai denga ukuran dimensi 11-16cm x 6-10cm. Margin daun melengkung ke dalam. Bunga-bunganya mepunyai 5 kelopak dengan setiap kelopak berbentuk lanceolate, dan kira-kira 1.3cm panjang. Bunga-bunganya tertanggung pada inflorescence yang bertangkai. Buahnya merupaka kacang yang bersayap. Spatulate ‘sayap’ akan terbentuk daripada dua lobus lebih panjang daripada calyx yang berterusan, kira-kira 7cm panjang dan 1.5cm lebar. Buah ovoid ini kira-kira 1.8cm x 0.9cm, ditutupi oleh lobus calyx yang lebih pendek.

Kegunaan
Mengikut tradisi kayu pokok ini digunakan untuk menyokong rumah dan badan perahu. Kayunya ini mungkin termasuk dalam Kumpulan kayu balak ‘Merawan’. Suatu Perihalan am kayu merawan adalah teras kayu yang berwarna kuning Keperangan ke perang kemerahan dengan jalur-jalur gelap. Ia tidak jelas ditandakan dari Kumpulan pelbagai 5-7cm sapwood berwarna kuning keperangan. Teksturnya halus ke sederhana halus, manakala urat kayunya lurus atau berpanca, dengan permukaan berkilat sederhana dan tanpa bau tersendiri atau rasa.

Habitat
Pokok dijumpa secara tempatan pada atau berhampiran tebing Sungai Pasir, jarang (di Brunei) atas bukit 200 m. Ia juga bertaburan di atas Bukit-Bukit rendah dan rabung bukit.