Dark Red Meranti

Dark Red Meranti

Nama saintifik: Shorea acuminata
Nama keluarga: Dipterocarpacea

Pokok Meranti Merah Gelap di Taman Tugu
Pokok Meranti Merah Gelap adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).
Pokok ini dikelaskan sebagai ‘Terancam kritikal’ di bawah Senarai Merah Kesatuan Konservasi Alam Sekitar Antarabangsa (“IUCN”) bagi sepsis terancam akibat kadar pembalakan terlampau untuk kayu balak Meranti merah gelap yang sangat dituntut.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Meranti merah gelap adalah sejenis pokok besar yang tumbuh setinggi 50m. Batangnya mempunyai buttress dan tidak berdahan sehingga 18-31m tinggi serta boleh didapati dengan diameter berukuran 180cm. Buttress pokok ini menonjoldan setinggi 1.5m. Daunnya berbentuk ovate-falcate dengan 7-11 pasangan urat sekunder, berkilat pada permukaan bawah, dan mempunyai stipules. Kelopak bunga yang dihasilkan berwarna merah gelap, mempunyai 15 stamen, dengan anthers subglobose, ovari tanpa stylopodium. Buah-buahnya adalah besar dengan lobus calyx.

Kegunaan
Kayu balak yang dihasilkan daripada pokok ini dikenali sebagai Mernati Merah Gelap. Kayu yang tidak tahan lasak apabila terdedah kepada hujan dan cahaya matahari. Kayu amt mudah untuk dipotong, diasah rata, digerudi dan dikupas. Kayu lebih digunakan sebagai kayu utiliti am. Ia sesuai untuk perabot, kemasan dalaman kelas tinggi, lantai, paneling serta pemhadang, mould dan skirting, pintu mewah, Vanir hirisan atau rotary. Kayu yang berat ini juga digunakan untuk pembinaan rumah, bangunan, jambatan dan papan.

Habitat
Pokok-pokok tropika ini tumbuh di hutan Dipterokarp campuran, tanah beralun dan bukit-bukau pada ketinggian 400m. Pokok-pokok ini adalah berasal dari Semenanjung Malaysia, Sumatera, Riau dan Kepulauan Lingga.