Durian Daun

Durian Daun

Nama saintifik: Durio lowianus
Nama keluarga: Bombacaceae

Pokok Durian Daun di Taman Tugu
Pokok Durian Daun adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ianya adalah salah satu pokok yang ditambah unutk menarik fauna ke tapak ini – buah-buahannya dimakan oleh mamalia seperti tupai dan monyet, dan bunga-bunganya didebarkan oleh kelawar.

Ciri-ciri fizikal
Durian Daun adalah pokok bersaiz besar dan berjelajur yang boleh tumbuh sehingga 46m; pokok-pokok yang dicantumkan jauh lebih kecil, dengan batang pokok yang lurus dan tumbuh menegak. 72%-87% daripada akarnya ditemui 45cm daripada bahagian atas tanah, manakala 85% berada dalam lingkungan jejari silari pokok. Batang pokoknya pada kebiasaan lurus dan mempunyai ranting yang sedikit dan silari yang padat. Daun-daunnya yang lurus mempunyai permukaan atas berwarna hijau gelap yang berkilat dan padat dengan urat. Permukaan bawahnya padat dengan sisik berwarna keperakan atau keemasan dengan lapisan bulu-bulu berbentuk bintang. Daun-daunnya bersilih, hijau dan berkilat pada permukaan atas, keperakan atau gangsa pada permukaan bawah. Bunga-bunga yang terhasil besar dan tergantung di perdebungaan yang besar di ranting-ranting yang terdedah dan kembang pada waktu malam. Bunga-bunganya sempurna, keputihan, berbau kuat, dalam kauliflori (terhasil terus di ranting-ranting yang besar) di dalam kelompok 3-30, kembang pada waktu malam. Buah-buah yang terhasil bersaiz besar dengan kulit keras, tebal, berwarna hijau ke keperangan dilitupi duri; besar, pedunkel-panjang; buah berbentuk bulat ke bujur memanjang yang mengandungi lima segmen. Setiap segmen mengandungi aril yang berwarna putih kekuningan ke kuning, manis, wangi mengandungi 1-4 benih berwarna perang muda. Cengkerangnya terbahagi kepada lima segmen apabila masak, mendedahkan aril berwarna putih krim, kekuningan atau merah jambu yang menyelaput benih-benih yang besar. Arilnya amat wangi, dan boleh menjadi terlalu wangi ketika berada dikawasan tertutup. Rasanya manis dan berempah, seperti kastard atau ais krim vanilla dengan nada rempah-rempah, bawang, dan pisang.

Kegunaan
Buah pokok Durian Daun boleh dimakan – ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Pokok ini ditanam untuk buahnya dan dijual di dalam dan di luar negara dan ianya bernilai tinggi. Buah pokok ini bermusim.

Habitat
Pokok-pokok yang hanya tumbuh dikawasan tropika ini tumbuh dengan baik dikawasan yang mempunyai iklim yang hangat dan lembap. Keadaan hangat dan lembap adalah ideal dengan suhu optimum 25ºC-30ºC dengan kelembapan relative 80%. Walaubagaimanapun, pokok-pokok ini tidak tahan tempoh kering yang berpanjangan dan idealnya, jumlah hujan yang sama rata antara 1,500 hingga 2,000mm setahun adalah sesuai untuk pokok-pokok ini. Keadaan yang agak kering merangsang dan menyegerakan proses debunga. Pokok-pokok ini tumbuh dengan baik berhampiran garisan khatulistiwa, sehingga 18º daripada garisan khatulistiwa di Thailand dan Australia. Pokok-pokok ini didapati kebanyakannya dikawasan hutan rendah di Malaysia, Indonesia, dan Thailand dengan beberapa spesis dihutan paya gambut. Pokok-pokok ini tumbuh dengan baik di kawasan tanah dalam, bertanah liat, bersaliran baik, tinggi dalam kandungan organik. Tanah gambut atau berpasir dan tanah yang tidak mempunyai saliran yang baik perlu dielakkan kerana sistem akarnya sangat sensitiif kepada takungan air dan kondusif untuk berkembangnya penyakit durian.