Gaharu

Gaharu

Nama Saintifik: Aquilaria malaccensis
Nama Keluarga: Thymelaeaceae

Pokok Gaharu di Taman Tugu:
Pokok Gaharu adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Pokok ini dikelaskan sebagai ‘Terancam’ di dalam Senarai Merah IUCN (2009) bagi sepsis terancam, dan ia juga dianggap sangat terancam di negara India

Ciri-ciri Fizikal:
Agarwood, atau lebih dikenali sebagai Gaharu di negara-negara Asia, adalah sejenis pokok subtropika kayu keras resinous yang tumbuh dengan cepat. Biji benihnya Kawasan yang amat redup dan air yang banyak untuk berkembang dengan cepat. Ia menghasilkan bunga dan benih seawal empat tahun. Ianya satu pokok evergreen yang membesar setinggi 49m, walaupun ia biasanya agak kecil di sekitar 20m tinggi. Batangnya boleh dijumpai dengan ukuran diameter 60cm. Permukaan batangnya adalah nipis, licin dan pucat, mempunyai pucuk muda yang licin dan daun yang berkulit tebal, panjang, berbentuk pedang serta disusun seli. Bunganya putih dan tumbuh dalam kelompok. Buahnya berbentuk telur dan berkulit baldu. Bahagian-bahagian yang boleh dimakan ialah benih dan kulit batangnya. Ia digunakan untuk menyedapkan masakan kari. Aquilaria malaccensis (pokok Gahru) seperti lain-lain spesis dari genus Aquilaria, adalah merupakan sumber utama bagi damar kayu yang digunakan untuk minyak wangi dan kemenyan. Pokok ini mengahasilkan damar apabila dijangkiti oleh kulat parasit, Phaeoacremonium parasitica.

Kegunaan:
Kayu Gaharu, yang dikenali dengan nama samaran “Wood of the Gods” sering digunakan sebagai kemenyan, digunak dalma bidang perubatan, dan damar tulen yang disuling digunakan sebagai minyak essential serta komponen minyak wangi.¬†Resin aromatik yang diperolehi daripada pokok ini adalah salah satu resin yang terkenal dan mahal di Bumi ini. Ia mempunyai sejarah penggunaan turn temurun bagi upacara keagamaan, ketika pengkebumian dan sebagainya di negara-negara Orien dan dicari secara meluas sebagai bahan minyak wangi.
Kayu Gaharu boleh dijadikan bahan astringen, perangsangan, tonik herba yang melegakan kekejangan, terutamanya untuk sistem penghadaman dan sistem pernafasan, serta mengurangkan demam. Dalam ubat-ubatan Barat, Cina dan India kemenyan yang diperbuat daripada pokok ini digunakan untuk menentang barah kanser, terutamanya pada kelenjar Tiroid. Di China, ia digunakan sebagai ubat pelali bagi sakit-sakit perut, asma, kolik dan cirit-birit, serta sebagai aphrodisiac dan carminative. Parut kayunya digunakan di dalam pelbagai persediaan terutamanya semasa dan selepas bersalin, dan untuk merawat reumatisme, cacar dan sakit perut. Rebusan kayu ini dikatakan mempunyai sifat-sifat anti-mikrob, seperti Mycobacterium tuberculosis dan Shigella flexneri.

Habitat:
Pokok Gaharu yang biasanya ditemui di hutan tanah pamah yang rendah dan menengah, dan bukit-bukau dan rabung bukit, sehingga ke paras ketinggian 750 m. Ia tumbuh pada ketinggian kira-kira 1000m atas paras laut, dengan lebih kurang 500m yang paling ideal. Pokok ini juga boleh tumbuh di atas pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir yang miskin. Ia tumbuh secara tempatan di pelbagai bahagian Malaysia dan Singapura seperti Bukit Timah Nature Reserve, dan di sekitar Chesnut Track, Mandai Road, Pulau Ubin, dan Pulau Tekong.