Gapis

Gapis

Nama saintifik: Saraca thaipingensis
Nama keluarga: Fabaceae (Leguminosae)

Pokok Gapis di Taman Tugu
Pokok Gapis adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Gapis ialah sejenis pokok evergreen meluas, bersaiz sederhana, dan tumbuh setinggi 7-20m. Crown pokok ini kelihatan kasar dan mempunyai bentuk kubah-payung. Kulit batangnya licin dan sering betompok liken. Daunnya tersusun kompaun pinnate rata, dengan sebanyak 8 pasang dedaun besar yang bujur. Daun muda berwarna keungguan yang berubah krim dengan sisi daun yang berwarn unggu-merah dan rachis apabila matang, dan kemudiannya hijau. Pertumbuhan baru biasanya muncul selepas musim kering. Pucuk batang muda pendulous berwarna unggu-merah, lentur dan tergantung pada tassel, sebelum mengeras apabila matang. Bunga-bunga seakan cauliflorous, biseksual dan sedikit wangi (terutama pada waktu malam), tidak mempunyai kelopak, dan warna-warna bunga datang dari sepal bunga tersebut. Apabila bunga-bunga tersebut matang, mata merah gelap akan tumbuh. Pokok Gapis akan berbunga dengan banyak selepas cuaca kering yang ketara. Buah-buahnya berbentuk pod unggu yang besar dan leper yang membengkak apabila matang dan terbelah 2keratan melingkar apabila ia sudah sedia untuk menyebarkan biji benihnya. Biji benih dari buahnya adalah besar, keras dan hitam.

Kegunaan
Penduduk tempatan mempercayai bahawa buah-buah pokok in mempunyai ciri-ciri perubatan. Akarnya digunakan untuk membuat pemegang parang. Dari segi kebudayaan di India, spesies pokok ini adalah berkait rapat dengan spesies Saraca asoca, pokok Ashoka. Pokok Ashoka mempunyai peranan penting dalam tradisi budaya di benua kecil India – ia adalah lambang kesuburan dan telah untuk melegakan sakit-sakit wanita semasa haid. Pokok ini amat dihormati dalam agama Hindu dan Buddha serta kerap ditemui di taman-taman istana diraja atau berdekatan kuil-kuil.

Habitat
Pokok tropika / sub-tropika ini yang tumbuh di sepanjang tebing sungai-sungai berbatu, dan di tanah yang kering juga. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Sarawak, Thailand, dan Myanmar. Nama spesies ‘thaipingensis’ merujuk kepada bandar Taiping, kemungkinan tempat di mana sepsis pokok ini dikelaskan buat pertama kalinya.