Garcinia eugeniaefolia

Garcinia eugeniaefolia

Nama Saintifik: Garcinia eugeniaefolia
Nama Keluarga: Clusiaceae

Pokok Garcinia eugeniefolia di Taman Tugu
Pokok Garcinia eugeniaefolia adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4,100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Pokok ini dikelaskan sebagai ‘Terancam’ di bawah Senarai Merah1998 Kesatuan Konservasi Alam Sekitar Antarabangsa (“IUCN”) bagi sepsis-spesis terancam.

Ciri-ciri Fizikal
Tidak banyak yang diketahui mengenai pokok ini selain daripada ia adalah sejenis pohon angiosperm yang autotrophic (berbunga benih tumbuh-tumbuhan) dengan jangka hayat yang abadi. Ia lebih menggemari cahaya matahari penuh dan memerlukan bekalan air yang sederhana untuk hidup. Ia juga membiak melalui biji benih. Ianya berkait rapat dengan pokok manggis (Garcinia mangostana).

Kegunaan
Pokok diguna secara umum untuk tujuan landskap bagi kebanyakan taman-taman dan kebun bunga. Namun begitu, ia tidak mempunyai apa-apa kegunaan ethnobotanikal yang diketahui.
 
Habitat
Pokok ini lebih gemar zon iklim tropika, tanah yang dikering rapi serta tanah loam yang subur. Pokok in boleh ditemui di Indonesia (Kalimantan dan Kepulauan Sumatera), Filipina, Malaysia dan India.