Gerutu Pasir

Gerutu Pasir

Nama Saintifik: Parashorea densiflora
Nama Keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Gerutu Pasir di Taman Tugu
Pokok Gerutu Pasir adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4,100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Pokok yang diancam oleh eksploitasi pembalakan terlampau. Pokok ini dikelaskan sebagai ‘Terancam’ di bawah Senarai Merah 2013 Kesatuan Konservasi Alam Sekitar Antarabangsa (“IUCN”) bagi sepsis-spesis terancam.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Gerutu Pasir adalah sejenis pokok yang besar, dengan sebuah ‘crown’ yang tebal dan berbentuk kubah. Teras batang pokok ini berwarna perang terang, berubah gelap apabila terdedah kepada cahaya; jalur sapwood yang selebar 6-8cm tidak jelas kelihatan. Permukaan batang pokok ini kasar dengan urat kayu yang berpanca. Kayu pokok ini sederhana berat; sederhana keras; agak tahan lasak, sederhana tahan kulat tetapi sangat tidak tahan serangga perosak kayu dan anai-anai. Ia menua secara perlahan-lahan dengan hanya sedikit risiko meretak dan menjadi herot; Sebaik sahaja kering ianya sederhana stabil untuk dikerjakan. Ia boleh dikerjakan dengan alat-alat yang biasa, tetapi peralatan tersebut perlu disimpan tajam bagi mengurangkan risiko terkoyak dan untuk memperolehi kemasan yang baik;kayu ini amat senang dipaku, screw dan dilekat dengan glu.

Kegunaan
Pokok ini dituai dari hutan untuk kayu balaknya, yang digunakan secara tempatan dan juga dieksport. Kayu tersebut digunakan untuk tujuan seperti pertukangan ringan, panel dalaman, tanggam, lantai, komponen-komponen perabot, kotak dan peti, venir dan lain-lain.
 
Habitat
Pokok ini boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia. Ia selalunya ditemui di hutan tanah pamah Dipterokarp pada ketinggian sehingga 500 meter.