Giam Melukut

Giam Melukut

Nama Saintifik: Hopea apiculata
Nama Keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Giam Melukut di Taman Tugu
Pokok Giam Melukut adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Giam Melukut adalah sejenis pokok kecil dengan diameter batang yang jarang melebihi 1.0m dan mempunyai kulit batang yang licin. Ia adalah endemik di Semenanjung Malaysia dan menghuni kawasan hutan tanah pamah Dipterokarp sehingga ke altitud 610m. Spesies ini mempunyai batang pendek dan gelap dengan tompok-tompok terang serta beberapa exudations damar pucat. Buttress botangnya yang agak tajam dan cenderung untuk menjadi kekok. Kulit batang luarnya berwarna gelap manakala kulit batang dalamannya kira-kira 8mm tebal dan kayu sap yang berwarna pucat serta keras. Daun-daun pokok tersebut menyerupai Neobalanocarpus heimii, atau lebih dikenali sebagai chengal, yang berbentuk oblong-lanceolate dalam bentuk dan kadang-kadang tidak seimbang. Ia akan bertukar kuning perang apabila kering. Pokok in juga menghasilkan buah-buah yang kecil dengan sayap rudimentary dan biji kacang yang 2cm panjang.

Kegunaan
Pokok ini tidak mempunyai nilai potensi bagi industri kayu kerana pokok ini terlalu kecil untuk menghasilkan kayu balka yang baik. Penduduk tempatan biasanya menuai pokok ini untuk dijadikan tiang. Pokok ini dikategorikan sebagai terancam kerana taburannya yang terhad dan kemusnahan habitatnya akibat aktiviti pengambilan tanah.

Habitat
Pokok ini termasuk di bawah keluarga Dipterocarpaceae. Ia adalah endemik kepada Semenanjung Malaysia dan telah direkodkan kewujudannya di Perak (hutan simpanan Beruas, hutan simpanan Bubu, Manong, dan Kuala Kangsar) dan Kelantan (Ulu Sat serta Bukit Yong). Ia tumbuh secara asli di kawasan tanah pamah Dipterokarp hutan pada altitud 610m.