Gordonia penangensis

Gordonia penangensis

Nama Saintifik: Gordonia penangensis
Nama Keluarga: Theaceae

Pokok Gordonia penangensis di Taman Tugu
Pokok Gordonia penangensis adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4,100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini sangat berkait rapat dengan pokok Gordonia SIngapura (Gordonia singaporeana) dan demikian akan mempunyai beberapa ciri-ciri seperti yang sama. Ia adalah sejenis pokok evergreen yang tumbuh setinggi 31m, dengan kulit hitam, bersisik. Dedaunnya terdiri daripada daun yang tersusun secara spiral, daun daunnya bertangkia dan mempunyai lkulit yang nipis, berbentuk elips atau oblong lance-berbentuk, 7-15cm x 2.5 – 8cm dan berwarna merah pabila layu. Bilah-bilah daun ini juga mempunyai margin yang membulat atau bergerigi. Bunga-bunganya terdiri daripada bunga bertangkai berserabut, tanpa bau, kira-kira 3.8 cm lebar, dan didapati secara berseorangan pada axils atas daun. Bunga-bunga kelopak krim-putih kembang pada waktu maghrib, dengan kelopak yang akan jatuh gugur pada keesokan harinya. Buahnya seperti kayu dan berbentuk bujur, 3-3.5cm panjang, dan berwarna hijau yang berubah perang apabila matang. Buah-buahnya yang masak akan berpecah, dari hujung ke pangkal buah, kepada lima bahagian untuk mendedahkan biji benih leper bersayap. Biji benih yang didapati adalah 2 – 2.5cm panjang.

Kegunaan
Kayu balak dan Produk kayu boleh digunakan dalam pembinaan ringan seperti membina bot. Ianya juga sesuai sebagai pokok hiasan taman keran bunga-bunganya.
 
Habitat
Pokok ini tumbuh di hutan primer dan hutan sekunder yang matang, dari tanah rendah ke altitud 1300m. Ia didapati secara tempatan di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang, sperti mana singkatan “penangensis” pada nama saintifiknya