Indian Oak

Indian Oak

Nama saintifik: Barringtonia acutangula
Nama keluarga: Lecythidaceae

Pokok Indian Oak di Taman Tugu
Pokok ini merupakan sebuah pokok hutan hujan tempatan yang termasuk di dalam bilangan 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu dan dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Ia terpilih kerana madunya yang menarik kelawar, kupu-kupu dan burung seperti honeyeaters dan lorikeets. Buah dari pohon ini menarik kupu-kupu Tussock Kuning untuk bertelur di bawah daun supaya ulat-ulat bulunya boleh memakan buah-buahan pokok ini. Ulat-ulat bulu ini boleh menyebabkan kerengsaan gatal kulit yang menimbulkan nama samaran pokok ini iaitu ‘pokok gatal’.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini kecil dan ‘bushy’, serta mempunyai banyak dahan, yang boleh tumbuh setinggi 12m. Daun yang tebal dan hijau berkilat dengan urat-urat yang menonjol dan sebahagiannya gugur sepanjang tempoh musim kering. Pohon berbatang kelabu dan fisur ini menghasilkan bunga merah scarlet yang mempunyai banyak filamen stamen, dan berjambak pada racemes terjuntai sepanjang lengan manusia, dengan jumlah bunga sehingga 90 pada satu rantaian. Bunganya tidak beberapa wangi dan hanya berkembang pada waktu senja dan malam, serta mekar dari semasa ke semasa sepanjang tahun. Buah-buahan yang dihasilkan mengelarkan pokok ini dengan nama sepsis ‘acutangula’ bermaksud sisi yang tirus kerana permukaan buahnya yang ‘ribbed’.

Kegunaan
Daun-daun pokok ini dimakan oleh penduduk tempatan sebagai ulam dan sayur-sayuran. Pelbagai bahagian tumbuhan ini juga digunakan dalam perubatan Ayurveda seperti akar yang menyejukan untuk melegakan demam; daunnya yang pahit untuk merawat cirit-birit dan senak; biji-bijinya pula disapu ke atas dada atau dimakan dengan halia bagi membantu pesakit untuk memuntahkan dan mengeluarkan kahak mukus pernafasan. Ia juga digunakan sebagai tonik kesihatan untuk melegakan kelemahan, membaikpulihkan peredaran darah, dan mengawal atur kitaran haid.
Kayunya pula digunakan dalam pembinaan sebagai kayu api, manakala kulit batangnya digunakan sebagai ubat penahan sakit dan ubat-ubatan anti-mikrob. Kulit batang dan daun-daunnya yang digunakan untuk menyah-oksidakan air untuk memudahkan kerja-kerja menangkap ikan.

Habitat
Spesies ini tumbuh pada Dataran banjir Sungai atau di sepanjang pinggir sungai dan kawasan tangkungan air bajir yang berpaya. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam, Filipina, India, dan New Guinea.