Ipoh Tree

Ipoh Tree

Scientific name: Antiaris toxicaria
Family name: Moraceae

Pokok Ipoh di Taman Tugu
Pokok Ipoh adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal:
Pokok Ipoh adalah sejenis pokok deciduous yang evergreen, bersaiz kecil ke besar dengan bentuk crown yang pendek dan dahan-dahan yang tersebar luas. Ia biasanya tumbuh sehingga 45-60m tinggi. Diameter batangnya boleh mencapau 150cm dan biasanya mempunyai buttress. Getah yang diperolehi dari kulit batangnya amat merbahaya kerana ia mengandungi jumlah glycoside kardiak yang yang sangat beracun. Daun-danunya bervariasi, biasanya bentuk bujur 5-16 x 4-11cm, bahagian atasnya sering luas dan hujungnya tumpul serta pangkalnya membulat dan tidak sekata. Daunnya juga adalah kasar, sehalus kertas dengan bulu sengit pada permukaan atas tetapi lembut di bawah. Bunga jantannya mempunyai tangkai pendek, berkepala discoid dengan setiap bunga mempunyai 2-7 tepal dengan 2-4 stamen, tumbuh hanya di bawah daun. Bunga betinanya muncul dalam bentuk cakera atau buah pinggang berukuran kira-kira 3cm. Buahnya berukuran 1.5 cm panjang, berwarna merah terang, ellipsoid, kusam dan berbulu dengan receptacle yang bengkak serta mengandungi hanya satu biji.

Kegunaan:
Kayu dihasilkan daripada pokok ini biasanya digunakan dalam pembinaan ringan dan perahu kanu, tanggam dalaman, panel, acuan, shuttering, serta perabot. Susu getah yang diperolehi dari kulit kayu sering digunakan dalam perubatan tradisional.  Di Afrika, hasil getah digunakan untuk luka-luka dan untuk merawat masalah kulit seperti ekzema dan boleh diambil sebagai satu purgative. Pokok ini mempunyai prospek yang sangat baik untuk digunakan sebagai satu spesies perintis dan ia kadangkala ditanam sebagai pokok tepi jalan kerana ia sangat redup.

Habitat:
Pokok ini biasanya ditemui di hutan sungai yang evergreen seperti di Afrika pada paras ketinggian 1000-1800m dan hutan hujan di bawah 1500m dari selatan China ke Malaysia.