Java Plum

Java Plum

Nama saintifik: Syzygium cumini
Nama keluarga: Myrtaceae

Pokok Java Plum di Taman Tugu
Pokok Java Plum adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia adalah salah satu daripada pokok yang ditambahkan ke tapak ini kerana ia menarik pelbagai spesis burung dan rama-rama. Buahnya menarik burung, tupai, monyet dan babi liar.

Ciri-ciri fizikal
Pokok yang tumbuh agak cepat ini mempunyai silara yang padat dan mencapai saiz penuhnya dalam 40 tahun, pada kira-kira 10-15m tinggi, kadang-kala mencapai 35m. Pokok ini pada kebiasaannya bercabang kepada beberapa dahan pada sekitar 0.9-1.5m dari tanah. Daun-daun yang matang berwarna hijau gelap yang berkilat dengan rusuk tengah berwarna kuning, daun-daun mudanya berwarna merah jambu, berbau seperti turpentin. Bunganya kecil, dihasilkan dalam bentuk bulu halus, wangi, penuaan dari berwarna putih berkrim hingga merah jambu sebelum gugur. Pembentukan buahnya berlaku sekitar 32 hari selepas perdebungaan. Buahnya berisi, beri berbentuk bujur, matang dari hijau ke merah keungguan hingga hitam keungguan.

Kegunaan
Buah-buahannya boleh dimakan, secara mentah atau dijadikan jus, sos, jem dan dikeringkan. Buah yang ditapai dijadikan wain atau cuka. Buah-buahnya tinggi dalam kandungan vitamin A dan C. Rasa buahnya bermula dari sangat masam hingga agak manis. Bunga-bunganya adalah sumber nektar yang baik dan digunakan untuk membuat madu yang berkualiti. Banyak bahagian tumbuhan digunakan sebagai ubat-ubatan dalam perubatan tradisional. Daun dan kulit kayu digunakan untuk mengubati cirit-birit, disentri, penyakit pencernaan, dan demam. Daun, kulit, bunga, buah dan benihnya dikatakan berkesan dalam mengubati penyakit kencing manis. Daun dan kulit kayunya digunakan untuk mengurangkan tekanan darah dan merawat gusi berdarah. Rantingnya digunakan untuk memutihkan gigi. Minuman seperti kopi dibuat dari benih yang dikeringkan dan dihancurkan. Kulitnya menghasilkan pewarna berwarna perang dan tanin yang digunakan dalam penyamakan kulit dan pemeliharaan jala ikan. Kayunya kuat dan tahan air, digunakan untuk membuat ranjang landas landasan kereta api dan perabot. Pokok-pokok ini juga ditanam sebagai penghadang angin.

Tanaman buah kuno ini, yang ditanam lebih dari 2,500 tahun di India, dianggap suci bagi penganut Buddha dan Hindu, dan pada kebiasaannya ditanam dalam kawasan kuil. Daun-daun dan buah-buahnya digunakan dalam ibadat agama. Ramai penganut Hindu memanggil tumbuhan ini “buah dewa” kerana Lord Rama dikatakan telah bertahan dengan memakan buah ini didalam hutan selama 15 tahun semasa dibuang dari Ayodhya.

Habitat
Pokok-pokok tropika, sub-tropika / monsoon ini ditemui di kebanyakkan habitat hutan tropika dan sub-tropika, bermula dari dedaun lebar malar hijau hingga daun luruh dan konifer, dari kawasan yang basah ke agak kering, berhampiran persisiran pantai, dan juga di dalam paya. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Indonesia, China, India dan Afrika Timur tropika.