Jelawai Mentalun

Jelawai Mentalun

Nama Saintifik: Terminalia calamansanai
Nama Keluarga: Combretaceae

Pokok Jelawai Mentalun di Taman Tugu
Pokok Jelawai Mentalun adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Jelawai Mentalun boleh membesar setinggi 40m dengan buttresses kira-kira 10m tinggi. Kulit batangnya boleh dijumpai dalm warna kekelabuan atau perang kekuningan dan mempunyai rekahan cetek. Daun-daunnya berkulit tebal, berbentuk elips dan obovate dengan 4 – 8 pasangan urat-urat, hujungnya tajam dan menipis pada pangkalnya. Daun-daunnya yang muda berbulu pada permukaan bawah, dan secara perlahan-lahan berubah licin apabila matang. Kadang-kala, daun-daun yang matang boleh kekal permukaan berbulu tersebut. Di hujung tangkai daun biasanya terdapat 2 kelenjar. Daun-daunyang matang bertukar kuning apabila ia luruh. Jambak bunga inflorescence tumbuh pada axillary dan terdiri daripada banyak bunga-bunga yang kecil. Bunga-bunganya berwarna krim atau kuning kehijauan dengan bau hapak yang kuat. Calyx pokok ini berbentuk cawan dengan lobus segitiga dan tiub yang berbulu, dan cakeranya berbulu padat manakala style dan filamen licin.
Buah-buah yang dihasilkan memppunyai kulit baldu dan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Buah-buahnya mempunyai 2 bahagian yang luas dan badan seakan segitiga.

Kegunaan
Kayu pokok Jelawai Mentalun digunakan untuk pembinaan ringan dan perabot, seperti kabinet.

Habitat
Pokok-pokok tropika ini tumbuh di hutan tanah pamah, kadang-kala berhampiran laut atau cenuram batu kapur. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam, Thailand, Sulawesi, Filipina, New Guinea dan Kepulauan Solomon.