Jelutong

Jelutong

Nama saintifik: Dyera costulata
Nama keluarga: Apocynaceae

Pokok Jelutong di Taman Tugu
Pokok-pokok Jelutong yang sedia ada di Taman Tugu amat sedikit dengan bilangan hanya 8 pohon matang sahaja. 3 daripada 8 pokok-pokok tersebut mempunyai diameter batang yang berukuran antara 130-180cm, ukuran diameter batang yang jarang ditemui di kawasan hutan primer dara. Pokok-pokok tersebut dalah dikalangan pokok-pokok tertua di tapak ini, yang berumur antara 80 – 90 tahun, dan berdiri setinggi 60 – 80m.

Ciri-ciri fizikal
Bentuk ‘crown’ pokok Jelutong memang jelas bertingkat apabila muda, tetapi menjadi lebih rawak apabila matang dan boleh tumbuh setinggi 80m. Kulit batangnya berwarna kelabu gelap tetapi boleh kelihatan hitam apabila basah. Daun-daunnya tirus dan berkulit tebal dan nipis serta berbentuk “teardrop” dengan bingkai-bergigi. Bunga-bunganya berwarna putih, kuning-hijau atau merah jambu-kuning, dan disusun dalam lingkaran pada hujung pucuk yang panjang. Buah-buahannya merupakan folikel coklat yang akan terbuka di satu sisi apabila matang untuk mendedahkan biji-biji yang berbentuk bujur, rata, dan bersayap membran.

Kegunaan
Pokok Jelutong memang terkenal dengan kayunya yang bernilai, keras lagi ringan dan senang untuk dikerjakan. Kayunya sesuai untuk ukiran dan untuk penghasilan produk-produk kayu seperti pensil, kotak-kotak, perabot dan lain-lain. Getah pokok ini juga kadang-kala digunakan to menghasilkan gula-gula getah.

Habitat
Pokok Jelutong adalah pokok tropika atau sub-tropika yang tumbuh di hutan hujan primer dan sekunder, hutan paya air tawar, dan kawasan terbuka di ketinggian 1,200 meter. Pokok Jelutong berasal dari Semenanjung Malaysia, Borneo, Sumatra, Thailand, dan Singapura.