Kandis Hutan

Kandis Hutan

Nama Saintifik: Garcinia nigrolineata
Nama Keluarga: Clusiaceae (Guttiferae)

Kandis Hutan di Taman Tugu
Pokok Kandis Hutan adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Kandis Hutan adalah sejenis pokok lapisan tengah yang tumbuh ke 10-14 m tinggi. Kulit batang pokok ini gelap, hampir hitam. Nam spesies ‘nigrolineata’ yang bermaksud ‘dengan jalur hitam’ rujuk kepada kulit batangnya. Daun-daun adalah mudah dan berkulit tebal, disusun dalam pasangan yang bertentangan, berbentuk lanceolate atau ovate-lanceolate dengan margin yang licin. Bilah-bilah daun amat tajam pada kedua-dua hujung. Urat utama daun pokok ini amat menonjol, manakala urat sisi hampir tidak kelihatan. Pucuk-pucuk muda berwarna merah-gangsa, berubah ke kuning-hijau terang, akhirnya ke hijau gelap apabila matang. Bunga-bunganya kecil adalah uniseks, berwarna kuning dan merah cair . Buahnya adalah bujur dan sedikit terpesong, dengan kulit buah tesebut mempunyai ridge dan hujung seakan paruh, serta berwarna oren apabila masak.

Kegunaan
Buah-buahan ini boleh dimakan dan sering dimakan oleh penduduk tempatan. Pokok ini juga digunakan sebagai rootstock untuk Garcinia mangostana (manggis).

Habitat
Pokok-pokok tropika ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Singapura, Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam.