Kandis Malabar Tamarind

Kandis Malabar Tamarind

Nama Saintifik: Garcinia cambogia
Nama Keluarga: Clusiaceae (Guttiferae)

Pokok Kandis Malabar Tamarind di Taman Tugu
Pokk Kandis Malabar Tamarind adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Asam Kandis Malabar adala sejenis poko bersaiz kecil ke sederhana yang tumbuh setinggi 5-20m. Daun-daunnya diatursecara bertentangan, bertangkai dan berbentuk elips ke obovate. Pokok ini jenis dioecious, dengan bunga lelaki dan perempuan yang tumbuh secara berasingan pada pokok yang berbeza. Bunga-bunganya bertangkai dan tumbuh secara berseorangan atau dalam kelompok 4-20 kuntum bunga, kelopak berwarna merah dan kadang-kadang, kuning. Buahnya berbentuk ovoid dan berukuran kira-kira 5cm diameter, berwarna hijau dan berubah kuning atau merah apabila masak.

Kegunaan
Buah-buahnya yang boleh dimakan dan digunakan sebagai perisa untuk ikan dan udang. Biji-biji kering akan dijadikan pes. Jus buah-buahan ada kalanya digunakan untuk menurunkan berat badan. Dari segi perubatan, rebusan pohon boleh digunakan untuk merawat masalah penyakit sendi dan usus. Kayunya boleh digunakan bagi pembinaan dan pembuatan perabot.

Habitat
Pokok-pokok tropika ini tumbuh di hutan tanah pamah dan yang berasal dari Malysia India dan Sri Lanka.