Kandis

Kandis

Nama Saintifik: Garcinia cowa
Nama Keluarga: Clusiaceae (Guttiferae)

Pokok Kandis di Taman Tugu
Pokok Kandis adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Kandis adalah sejenis pokok bersaiz kecil ke sederhana yang tumbuh setinggi 12m. Batangnya lurus, sempit dan berbentuk silinder.
Dedaunnya berbentuk bujur dengan margin keseluruhan daun tersebut antara 6-15 cm panjang dan 2.5-6 cm lebar. Dedaun yang muda adalah merah berkilat dan terang. Bunga-bunga jantan dan betina tumbuh pada individu yang berasingan (dioecious). Di dalam bunga jantan, stamen-stamennya yang bersatu dalam susunan seakan kiub. Buah-buahnya yang bulat dan boleh dimakan, adalah berwarna kuning dan oren dengan hujung yang tajam pada apeks dan sedikit bergerutu. Pulpa buah yang berwarna oren amat masam.

Kegunaan
Buah, daun dan batang pokok ini yang boleh dimakan dan ia kadang-kadang digunakan dalam masakan tempatan. Di Vietnam, buahnya akan ditambah kepada sup ikan dan ketam untuk menjadikannya masam. Di Thailand, pucuk mudanya digunakan sebagai perisa. Dari segi perubatan, daun dan buahnnya mempunyai kesan laksatif apabila dimakan.

Habitat
Pokok-pokok tropika ini tumbuh di hutan tropika evergreen, di hutan deciduous kering dan hutan padang pasir yang terletak di berdekatan pantai. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia Utara, Bengal melalui Burma dan Thailand.