Kapur Keladan

Kapur Keladan

Nama saintifik: Dryobalanops beccarii
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Kapur Keladan di Taman Tugu
Pokok Kapur Keladan adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam oleh kerana pembalakan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok renjong yang boleh tumbuh sehingga 65m tinggi. Dedaun pokok Kapur Keladan berbentuk bujur ke mata tombak, nipis, tirus, dan sering beralun pada bahagian tepinya. Bunga-bunga pokok ini berwarna putih dan mempunyai kelopak besar, berbentuk eliptik lebar, bersudut cangkah dan glabrus. Buah-buahan yang dihasil mempunyai teras yang keras berwarna hijau apabila tidak matang, kuning atau merah setelah matang; dan mempunyai bentuk telur yang diratakan.

Kegunaan
Kayu pokok ini digunakan digunakan untuk pelbagai aplikasi termasuk permbinaan rumah, jambatan, papan, kerja-kerja pertukangan berat, kerja-kerja tanggam, kerja-kerja panel, kerja-kerja ‘turnery’, pemegang peralatan dan perkakas rumah, kotak dan peti.

Habitat
Pokok-pokok ini banyak didapati dikawasan tanah lesap berpasir, kadang-kala dikawasan-kawasan yang banjir secara berkala atau sepanjang sungai di paras ketinggian bawah 700m. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia dan Indonesia.