Kasah

Kasah

Nama Saintifik: Pterygota alata
Nama Keluarga: Sterculiaceae

Pokok Kasah di Taman Tugu
Pokok Kasah adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Kasah adalah sejenis pokok yang besar, tegak, yang boleh membesar sehingga 45m tinggi, dan mempunyai ‘crown’ yang tinggi, columnar oblong, rendang dengan buttresses besar bagi pokok-pokok yang matang. Kulit batangnya kelabu, daun-daunnya besar dan berbentuk ovate-cordate dengan margin beralun. Tekstur daunnya halus, dan mempunyai petioles kira-kira 7-15cm panjang. Daun agak berkelompok ke arah hujung dahan. Bunga-bunga tertanggung dalam racemes yang kecil. Bunga-bunga berwarna oren pucat ke merah tanpa kelopak, tetapi mempunyai 5 sepals.
Buah-buahnya adalah folikel. Podnya bulat, dan tercerai pada satu sisi, untuk melepaskan biji-biji bersayap Panjang dengan banyak yang diserbakrkan oleh angin.

Kegunaan
Biji pokok ini boleh dimakan tetapi boleh menyebabkan mengantuk, ia kadang-kadang digunakan sebagai pengganti untuk candu. Minyak yang diperoleh daripada biji adalah berkhasiat dan boleh juga digunakan untuk pencahayaan. Kayunya yang putih adalah ringan, lembut dengan sederhana lasak. Ia mempunyai urat kayu perak yang cantik. Ia adalah sebuah pokok balak yang berkualiti rendah dan digunakan untuk membuat kotak dan mainan.

Habitat
Pokok ini gemar lokasi yang cerah dan berkembang cepat di atas tanah saliran yang subur. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia Utara, Myanmar, dan India.