Kayu Arang

Kayu Arang

Nama Saintifik: Diospyros malabarica
Nama Keluarga: Ebenaceae

Pokok Kayu Arang di Taman Tugu
Pokok Kayu Arang adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Kayu Arang berbentuk kon dan boleh didapati setinggi 15-35m. Batangnya yang amat berjejalur dan buttressed berwarna kelabu gelap dan licin semasa muda, tetapi retak apabila tua. Kulit batangnya kehitaman dengan daun bertangkai oblanceolate yang muncul berwarna merah jambu bertukar perang dan seterusnya hijau gelap apabila matang. Bunga-bunganya wangi dan berwarna putih krim. Buah-buahnya berbentuk bulat dengan diameter 5-7.5cm dan digunakan untuk mengekstrak tannin untuk pewarna hitam sebelum ia masak.

Kegunaan
Buah-buahan bukan sahaja boleh digunakan sebagai perwarna, malah ianya boleh dimakan apabila masak. Lebih-lebih lagi, getah yang diekstrak dari buah-buah pokok ini boleh digunakan untuk membaiki lipit serta ikatan dan memulihara bahagian posterior bot. Kayupokok ini juga digunakan untuk perabot dan pertukangan.

Habitat
Pokok-pokok tropika ini lebih senang untuk tumbuh di hutan tanah pamah berdekatan dengan sungai. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Thailand, Myanmar, Indonesia, India dan Sri Lanka.