Kayu Arang

Kayu Arang

Nama Saintifik: Diospyros montana
Nama Keluarga: Ebenaceae

Pokok Kayu Arang di Taman Tugu
Pokok Kayu Arang adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok deciduous ini tumbuh perlahan dan boleh mencapai ketinggian 30m, tetapi biasanya hanya setinggi 10m di kawasan bandar. Bentuk ‘crown’ pokok ini amat elegan, rendang dan pendulous. Kulit batangnya berwarna perang pucat dan kemerahan dan mempunyai permukaan yang licin dan mengelupas. Daun-daunnya yang bertentangan berbentuk bujur hingga ke bentuk tombak, berukuran 3 – 13cm panjang dan 1- 4.4 cm lebar. Daun-daun yang baru muncul berwarna ungu gelap, dan berubah merah jambu keperangan dan seterusnya ke hijau apabila matang.
Bunga-bunganya yang sederhana wangi berwarna merah-jingga ke merah jambu, dan selebar 1.3-2.5cm. Buahnya berbentuk kapsul yang kering, sepanjang 1.3cm dan pecah terbuka apabila matang untuk melepaskan benih kecil yang banyak.

Kegunaan
Kayu balak yang terhasil dari pokok Kayu Arang dikenali secara komersil sebagai derum, walaupun ia tidak biasanya diperolehi. Kayu tersebut amat tahan lama, sering digunakan dalam pembinaan, dan untuk membuat perabot, woodcuts dan pemegang perbalgai peralatan.

Habitat
Pokok-pokok ini berasal dari Kawasan Cina Selatan hinggalah ke Malaysia Tengah, termasuk Singapura.