Kayu Arang

Kayu Arang

Scientific name: Diospyros penangiana
Family name: Ebenaceae

Pokok Kayu Arang di Taman Tugu
Pokok Kayu Arang adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Spesis pokok Kayu Arang ini adalah sejenis pokok bersaiz kecil yang tumbuh sehingga 10m tinggi.
Daunnya berbentuk bujur ke ovate, berkulit nipis dan kebanyakannya licin kecuali rusuk pertengahannya. Daun ini mempunyai satu ciri yang berbentuk ‘heart’. Ada 15 pasangan urat sekunder yang menggelung dan bersambung di hampiran margin, dan urat-urat reticulate yang tinggi. Ranting kecil yang diliputi bulu tebal kekuningan. Bunga-bunga betina tumbuh dalam beberapa cymes pada axils daun. Setiap bunga betina terdiri daripada calyx 5 lobus yang bertindih, 5 kelopak dan 5 stamen steril dan 1 ovari berbulu. Buah-buahnya berbentuk sfera dan tumbuh secara berseorangan atau secara berpasangan. Ia padat dilindungi dengan bulu oren keperangan. Setiap buah-buahnya boleh mengandungi 4 biji-biji bersama rumina endosperm.

Kegunaan
Penggunaan pokok ini tidak diketahui.

Habitat
Pokok-pokok tropika ini tumbuh di hutan hujan primer pada ketinggian 500 m. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia.