Kayu Arang

Kayu Arang

Nama saintifik: Diospyros pilosanthera
Nama keluarga: Ebenaceae

Pokok Kayu Arang di Taman Tugu
Pokok Kayu Arang adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok silara-pertengahan yang tumbuh sehingga 35m tinggi. Batang pokoknya boleh tumbuh sehingga 50cm diameter. Daunnya mempunyai tekstur seperti kertas ke kulit yang nipis, tidak menonjol antara urat, glabrus ke baldu di bahagian bawah, cenderung untuk kering pada bahagian atas atau kedua-dua bahagian. Buah-buahannya adalah beri berisi yang berbentuk bulat ke ovoid.

Kegunaan
Kayu pokok ini digunakan digunakan untuk pembuatan perabot dan buah-buahannya boleh dimakan. Rebusan kulit kayu pokok ini juga diminum untuk merawat batuk.

Habitat
Pokok-pokok ini pada kebiasaannya ditemui di hutan dipterokarpa campuran yang tidak terganggu dari ketinggian paras laut hingga ketinggian 1,600m. Kebanyakkannya di lereng bukit, juga dikawasan bertanah aluvium dan rabung. Di hutan sekunder, pokok-pokok ini pada kebiasaannya muncul sebagai pokok sisa pra-gangguan. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Myanmar, Thailand, Kemboja, Vietnam, Indonesia, dan Filipina.