Kayu Arang

Kayu Arang

Nama Saintifik: Diospyros pyrrhocarpa
Nama Keluarga: Ebenaceae

Pokok Kayu Arang di Taman Tugu
Pokok Kayu Arang adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok bersaiz sederhana yang boleh tumbuh sehingga 23-30m tinggi. Daunnya yang bersilih dan bertangkai mempunyai bentuk bujur-eliptik ke bujur-obovat. Rusuk tengahnya menonjol dibahagian bawah, dilitupi dengan bulu-bulu yang kelihatan berkarat bagi daun-daun muda. Urat sekunder juga tenggelam dibawah, melengkung ke arah pinggir daun. Buah-buahnya berbentuk bujur-ellipsoid ke globos.

Kegunaan
Pokok ini dituai untuk kegunaan tempatan sebgai makanan sumber kayu. Pokok ini juga digunakan untuk tujuan lanskap di taman-taman sebagai pokok hiasan.

Habitat
Pokok-pokok ini terdapat di hutan dipterokarpa campuran di dataran rendah dan berasal dari Malaysia, India, Thailand dan Filipina.