Kelumpang Burung

Kelumpang Burung

Nama saintifik: Sterculia parviflora
Nama keluarga: Sterculiaceae

Pokok Kelumpang Burung di Taman Tugu
Pokok Kelumpang Burung adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini boleh tumbuh sehingga 7-20m tinggi dan ukur lilit batangnya boleh mencapai sehingga 180cm dan berwarna merah jambu. Ia mempunyai dedaun yang ringkas berbentuk bujur ke eliptik bujur. Lenggai benih pokok ini besar, bertekstur baldu berwarna jingga terang atau merah dan mengandungi benih besar berwarna hitam.

Kegunaan
Pokok ini dikatakan dituai untuk kayunya bagi penggunaan tempatan. Ia ditanam di sepanjang tepi jalan sebagai pokok perhiasan. Biji-biji besar kebanyakan spesis dalam genus ini juga digunakan untuk makanan. Biasanya dimasak, ianya kaya dengan minyak dan segelintir menggambarkan ianya mempunyai rasa seperti kacang.

Habitat
Pokok-pokok ini pada kebiasaannya merupakan spesis yang bertaburan di hutan dataran rendah dan hutan berbukit, dijumpai dikawasan yang bersubstrat pelbagai, termasuklah basalt dan syel berkapur. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, India, Bangladesh, Myanmar, Thailand dan Indonesia.