Kelumpang Sarawak

Kelumpang Sarawak

Nama saintifik: Sterculia megistophylla
Nama keluarga: Sterculiaceae

Pokok Kelumpang Sarawak di Taman Tugu
Pokok Kelumpang Sarawak adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini boleh tumbuh sehingga 20m tinggi, dengan ranting yang besar dan berbulu. Kulit pada bahagian luar licin dan berwarna jingga perang. Daunnya berbentuk eliptik, eliptik-bujur, obovat atau bujur memanjang obovat dengan tekstur seperti kertas ke kulit, tidak berbulu pada bahagian atas dedaun kecuali pada bahagian rusuk tengah yang berbulu dan permukaan bahagian bawah yang berbulu padat. Daun-daunnya mempunyai bucu yang panjang dan tajam dan mempunyai dasar yang bulat. Batang daunnya dilitupi dengan bulu berwarna kemerah-merahan padat.

Pokok ini menghasilkan kelompok bunga-bunga kecil yang berbulu padat dan berwarna merah jambu keperangan. Buahnya mempunyai paruh dengan folikel berbentuk bujur, berwarna merah yang terang atau jingga gelap, berbulu lebat seperti baldu pada bahagian luar dan tidak berbulu atau sedikit bebulu dibahagian dalam, dan mempunyai benih berbentuk elipsoid berwarna hijau ke perang.

Kegunaan
Pokok ini biasanya digunakan untuk kerja-kerja lanskap dan tumbuh di tepi jalan dan di taman.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dikawasan dataran rendah ke hutan sub-montane primer, dari paras laut sehingga paras ketinggian 1500m. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia dan Indonesia.