Kembang Semangkok

Kembang Semangkok

Nama saintifik: Scaphium macropodum
Nama keluarga: Sterculiaceae

Pokok Kembang Semangkok di Taman Tugu
Pokok Kembang Semangkok adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok malar hijau yang tumbuh sehingga 45m tinggi. Batang pokok ini boleh tumbuh sehingga 87cm diameter dengan jejalur yang tebal. Daun-daunnya berbentuk ovat atau suborbicular dengan dasar bulat. Daunnya yang ringkas dan bersilang juga mempunyai tangkai yang panjang. Anak pokok yang muda mempunyai daun yang berkelopak luas. Bunga-bunganya kecil yang berwarna kuning putih tersusun dalam panikel. Buah-buahnya besar, glabrus, folikel bertekstur kertas yang terbuka membentuk struktur berbentuk perahu, dengan satu biji yang glabrus pada satu bahagian yang lain.

Kegunaan
Benih ini biasanya digunakan untuk membuat minuman popular di Asia Tenggara. Kayunya digunakan untuk membuat perabot. Biji-bijinya dipercayai mempunyai ciri-ciri perubatan dan digunakan untuk merawat cirit-birit dan disentri.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh di kawasan lereng bukit yang mempunyai pengaliran yang baik, rabung, hutan paya, dan hutan sub-montane sehingga paras ketinggian 1,200m dan berasal dari Malaysia, Kemboja dan Indonesia.